ASUS Zenfone Zoom dengan keunikan 3x zum optikal dilancar di Malaysia

Share Button

Pertama kali dipertontonkan kepada awam lebih kurang setahun yang lepas, akhirnya telefon pintar ASUS Zenfone Zoom tiba di Malaysia. Dengan keunikan zum optikal pada kameranya, telefon pintar Zenfone Zoom pasti boleh menarik minat ramai penggemar kamera mudahalih.

Bercerita tentang kehebatannya, ASUS Zenfone Zoom mempunyai kamera 13MP di belakang. Ia diperkasa dengan dwi-tona LED Flash, autofokus lazer sepantas 0.03 saat, serta penstabil imej optikal (OIS). Paling penting, ia datang bersama 3x zum optikal yang menggunakan lensa Hoya, dan sehingga 12x zum bersama gabungan zum digital.

ASUS Zenfone Zoom - majlis pelancaran - kamera belakang spec

Kehebatan kamera ini dapat dimuatkan ASUS ke dalam Zenfone Zoom, yang mempunyai ketebalan maksima 11.95mm sahaja. Pada tahap paling nipis, tebal Zenfone Zoom hanya 5.0mm. Beratnya pun, hanya 185 gram sahaja.

Untuk melengkapkan kehebatan kamera ini, terdapat butang fizikal kamera dan video, terletak di sisi telefon, memberikannya rasa seperti menggunakan kamera sebenar. Ia juga mempunyai ruang, untuk memasang tali strap agar tidak mudah terlepas dari tangan.

ASUS Zenfone Zoom - ambil gambar dengan butang kamera

Jika 13MP tidak mencukupi untuk anda, Zenfone Zoom turut memiliki mod Super Resolution. Ia menggabungkan empat tangkapan gambar 13MP, menjadi satu gambar beresolusi super tinggi 52MP. Konsep ini hampir sama dengan mod Ultra HD di telefon OPPO.

Selain ini, ia juga datang dengan fungsi ASUS PixelMaster 2.0, yang terkenal kehebatannya. Ia boleh merakam gambar di dalam pencahayaan malap, lebih terang dan jelas berbanding biasa.

ASUS Zenfone Zoom - kamera lowlight

Untuk kamera depan, ia kelihatan biasa sahaja. Sensor 5MP fokus tetap, dengan sudut lebar serta kebolehan selfie sehingga 140-darjah. Tiada LED Flash di depan, tetapi ia mempunyai fungsi PixelMaster untuk gambar lebih cerah dari biasa.

Prestasi Zenfone Zoom dikelaskan berkuasa tinggi. Ia menggunakan CPU keluaran Intel, iaitu Atom Z3580 4-teras dengan kelajuan sehingga 2.3Ghz. Ia dipadankan bersama 4GB RAM LPDDR3, serta storan dalaman 128GB. Slot kad mikroSD adalah satu kemestian, bagi telefon yang memfokuskan kehebatan kamera ini. Sehingga 128GB storan mikroSD diterima.

Untuk paparan, Zenfone Zoom memiliki skrin IPS 5.5-inci, dengan resolusi HD Penuh 1920×1080, berkepadatan 403 PPI. Ia diperkasa dengan kaca Corning Gorilla Glass 4 yang kalis calar. Badannya pula diperbuat dari besi, dengan kemasan kulit terpilih di belakang.

Bateri Zenfone Zoom berkapasiti 3,000mAh, yang datang bersama pengecasan pantas ASUS BoostMaster. Ia boleh mengecas sepantas 39 minit untuk mencapai 60% penuh.

ASUS Zenfone Zoom - rekabentuk luaran

Zenfone Zoom menyokong rangkaian 4G LTE, tetapi hanya satu slot sim terdapat padanya. Zenfone Zoom menjalankan Android 5.0 Lollipop, dan menggunakan antaramuka ASUS ZenUI.

Zenfone Zoom dengan storan 128GB, akan mula dijual di Malaysia pada harga RM2,099, bermula dari hujung bulan Januari 2016. Terdapat dua warna ditawarkan, iaitu Hitam dan Putih. Ia boleh dibeli menerusi semua pengedar sah ASUS Malaysia, serta stor dalam talian ASUS Malaysia.

ASUS Zenfone Zoom - putih dan hitamASUS Zenfone Zoom - majlis pelancaran - depanASUS Zenfone Zoom - majlis pelancaran - belakangASUS Zenfone Zoom - majlis pelancaran - sisi kananASUS Zenfone Zoom di majlis pelancaran

Trackbacks

  1. […] menjual jam pintar terbaru mereka, ASUS ZenWatch 2 di Malaysia. Ia pertama kali dipamerkan ketika pelancaran ASUS Zenfone Zoom minggu lepas, dan kini boleh dibeli di […]

  2. […] Malaysia baru melancarkan telefon pintar Zenfone Zoom hari ini, dan ia pasti tidak akan berhenti setakat itu. Maklumat dari SIRIM menyatakan kelibat satu […]

Apa komen anda?