10 gajet untuk ibu anda, ya beli sekarang!

Share Button

Biar apapun gelaran buatmu , ibu, mak, umi atau mama, anda tentunya layak untuk turut sama menggunakan pelbagai gajet dalam kehidupan seharian. Tiada lagi double standard yang mengatakan bahawa kaum wanita tidak mahir atau tidak arif tentang gajet.

Kini, teknologi yang tujuannya memudahkan pergerakan  seharian turut dirasai  dan digunapakai oleh semua. Tahukah anda, kebanyakan gajet di pasaran kini semuanya wayarles? Ayuh!kita lihat  apa yang menarik dan perlu ada untuk tahun ini? TheSkop paparkan 10 gajet ohsem buat mama! Siapa tahu ada yang berkenan dek hati? Mungkin  kata-kata “gadget is a woman’s best friend”  lebih sesuai buat wanita  masa kini.

Smarter Coffee

1.Smarter Coffee

Anda penggemar kopi? Sentiasa bergerak? Mahukan sesuatu yang pantas. Smarter Coffee mampu mengubah hidup anda. Hanya dengan menggunakan telefon pintar dan semestinya harus dikendalikan melalui Wifi, anda boleh memberitahu mesin untuk mengisar dan membuat minuman kegemaran itu. Ciri utamanya , ia mampu menyiapkan minuman mengikut arahan anda. Mesin ini mampu membuat 12 cawan minuman sekaligus. Jimat masa bukan?

Withing Smart Body Analyser

2. Withing Smart Body Analyser

Semua wanita mendambakan tubuh badan yang langsing dan sihat. Siapa yang tidak mahu kelihatan langsing dan cantik. Kini, kehadiran Withing Smart Body Analyser  bertindak sebagai alat yang mampu menimbang berat badan secara tepat, pengiraan jumlah lemak dalam badan, kadar degupan jantung dan juga kualiti udara. Bagaimana? Semua ukuran tersebut boleh dilihat melalui pautan kepada telefon pintar anda beserta visual. Untuk tahu lebih lanjut, layari laman http://www.withings.com/

Drop Kitchen Scale

3. Drop Kitchen Scale

Pasti senang  jika anda boleh menyemak resipi secara interaktif melalui peranti Apple anda bukan? Inilah kelebihan Drop , ia membantu anda untuk menimbang dan mengukur bahan-bahan untuk resipi anda. Jadi anda tidak perlu risau lagi tentang sukatan bahan masakan anda.

Ringly

4. Ringly

Buat anda yang gemarkan fesyen, Ringly memang sesuai. Bukan sahaja cantik di jari jemari namun ciri utamanya mampu  memberikan anda pemberitahuan sekiranya menerima  pesanan ringkas, panggilan telefon amatlah berguna. Bagaimana? Dengan “ vibrate” dan  nyalaan lampu,  Ringly bertindak dengan menggunakan Bluetooth yang disambungkan kepada telefon pintar anda.

Mighty Purse Wrislet

5.Mighty Purse Wrislet

Sekali lagi, ibu sering bergerak ke sana ke mari dan seringkali kehabisan bateri telefon pintar.? Mighty purse wrislet mampu menyelesaikan masalah anda. Uniknya, wrislet ini mampu mengecas telefon pintar anda. Namun Mighty Purse  memerlukan adaptor untuk iPhones atau sekurang-kurangnya Samsung Galaxy S4. Tiada lagi alasan kehabisan bateri!

iRobot Scooba 450
6. iRobot Scooba 450

iRobot Scooba 450, mampu membersihkan lantai anda  melalui 3 kitaran proses pembersihan. Scooba membersihkan lantai secara teliti tanpa memerlukan menyapu terlebih dahulu. Hanya tekan CLEAN dan selebihnya serahkan kepada iRobot Scooba.

Misfit Shine

7. Misfit Shine

Misfit Swarovski Shine bukan sahaja glamor untuk digayakan, namun disebalik rupanya yang tidak terlalu techie itu, ia cukup sempurna untuk membantu penjagaan berat badan , aktiviti lasak / harian anda. Lebih utama, ia menggunakan tenaga solar jadi anda tidak perlu risau untuk mengecas.

Anova Culinary Precision Cooker

8. Anova Culinary Precision Cooker

Istimewa gajet ini ialah ianya ringan dan mudah digunakan. Kini anda juga boleh masak ala chef. Jimat masa dan pasti wayarles.Untuk keterangan laju apakata anda layari http://anovaculinary.com/

Swash express clothing care system

9. Swash Express Clothing Care System

Hanya 10 minit  sahaja, pakaian anda akan bersih dan cantik seperti baru. Hanya gantungkan pakaian anda di dalam mesin, masukkan Swash Pod dan bermulalah proses Swash. Walla! jimat masa dan pakaian anda seperti baru!

Heated Butter Knife Spread That

10. Heated Butter Knife Spread

Lama untuk menunggu mentega cair ? Mudah sahaja, kini, heated Butter Knife akan mempermudahkan persiapan sarapan pagi anda. Mencairkan margerin atau mentega kini tidak menjadi masalah lagi , pisau pemanas ini adalah jawapannya.

 

sumber penulis:

https://www.getdrop.com/
http://www.digitaltrends.com/home/high-tech-mothers-day-gifts-mom-will-actually-use/
http://www.irobot.com/For-the-Home/Floor-Scrubbing/Scooba.aspx
http://www.swash.com/
http://www.theguardian.com/technology/2015/sep/09/kitchen-gadgets-review-self-heating-butter-knife

Apa komen anda?