Tablet Acer Predator 8 sedia menggegarkan dunia gamers

Share Button

Dalam 8 produk Acer Predator yang diumum ketibaan di Malaysia, ada satu produk yang kami lihat berbeza dari yang lain. Nama yang diberi ialah Predator 8, dan ia adalah sebuah tablet Android yang direka khusus untuk bermain games.

Rekaan tablet Predator 8 kelihatan sangat menarik, sekurang-kurangnya dari mata kami. Ia menggunakan rekaan garang bertemakan Predator, dengan kemasan aluminum diberus dan sedikit sentuhan berwarna merah. Logo Predator boleh dilihat terpampang besar di belakang.

Acer Predator 8 - logo belakang

Tinggalkan perkara kurang penting ini, dan masuk ke tajuk utama. Perkara yang paling menggegarkan hati dan perasaan apabila melihat tablet ini adalah, 4 pembesar suara Predator Quadio, berkuasa 2W tiap satu. 2 pembesar suara di atas dan dua pembesar suara di bawah, dan ia mengadap ke depan, untuk hentaman bunyi terus ke muka pengguna.

Acer Predator 8 - dua pembesar suara di bawah dan dua di atas

Kuasa dalaman Predator 8 diperoleh dari CPU Intel Atom X7 berkelajuan sehingga 2.4GHz, dan dipadankan dengan 2GB RAM LPDDR3. Predator 8 memiliki 32GB storan dalaman, dan boleh ditambah kad mikroSD (SDXC/exFAT) sehingga 128GB. Kameranya kelihatan kurang menyerlah, dengan 5MP autofokus tanpa LED Flash di belakang, dan 2MP fokus tetap di depan.

Predator 8 dibekalkan dengan bateri 4,550mAh, yang mampu memainkan video sehingga 7.5 jam lamanya. Ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop buat masa ini.

Skrin Predator 8 sebesar 8-inci dengan nisbah 16:10, beresolusi HD Penuh 1920×1080. Ia dilengkapi teknologi Predator ColorBlast, dengan warna seperti monitor profesional yang menyokong 100% gamut warna NTSC.

main Asphalt 8 di tablet Acer Predator 8

Untuk pengalaman bermain games lebih menarik, Predator 8 dilengkapi respon getaran mantap melalui Predator TacSense. Malah, dengan aplikasi unik Predator Media Master, ia boleh mengubahsuai tetapan video dan audio dengan mudah, untuk melihat album gambar, menonton filem atau bermain games.

Sebagai produk khas untuk gaming, harganya juga bukan sebarangan. Tablet Acer Predator 8 ini dijual pada harga RM1,499 termasuk GST di Malaysia. Tetapi, ia turut dibekalkan dengan permainan perlumbaan kereta Asphalt 8, yang turut datang bersama kredit dalam permainan berjumlah 320,000 secara percuma, yang bersamaan dengan USD50 (~RM215).

Tablet Acer Predator 8 dalam tangan Acer Predator 8 - sisi atas belakang Acer Predator 8 - kamera belakang Acer Predator 8 - kredit percuma untuk Asphalt 8

Apa komen anda?