Pulau Tioman & Labuan kini tersenarai dalam Google Street View

Share Button

Google Malaysia dilihat tidak berhenti dalam usahanya memetakan semua jalanraya di Malaysia ke dunia digital dan hari ini, mereka mengumumkan penambahan jalanraya dua pulau terkenal di Malaysia, ke dalam Google Maps Street View.

Pengguna internet di seluruh dunia, kini boleh melawat Pulau Tioman dan Pulau Labuan secara maya, terus dari Google Maps, menerusi fungsi Street View. Usaha ini bermula semasa Google merakam imej-imej Pulau, sempena Hari Lautan Sedunia pada bulan Jun lepas. Google Malaysia menggunakan kenderaan pelbagai permukaan (ATV) untuk meneroka Pulau Tioman, dan merakamnya ke dalam Google Maps Street View.

Google Maps Street View ATV

Tidak ketinggalan, pusat hub kewangan dan sokongan aktiviti minyak dan gas utama Malaysia, Pulau Labuan turut dijejaki sepenuhnya oleh Google Maps Street View. Pengguna internet kini boleh bersiar-siar secara maya ke Pulau Labuan, sambil menjejaki tempat yang mungkin boleh menjadi destinasi pelancongan mereka seterusnya.

Di dalam Google Maps, di kawasan yang terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, menuju ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps pula, orang ramai boleh mencari destinasi tempatan atau menerusi akses kepada imej Street View, melalui karusel imej (imagery carousel) yang terdapat di bawah skrin.

Layari maps.google.com.my atau lancarkan aplikasi mudahalih Google Maps di peranti pintar untuk memulakan pengembaraan.

[SUMBER]

Apa komen anda?