Persatuan Perbankan Singapura beri amaran penyebaran Whatsapp palsu

Share Button

Gambar oleh Bloomberg

Persatuan Perbankan Singapura (ABS) hari ini mengeluarkan amaran, kepada pengguna aplikasi permesejan Whatsapp di telefon pintar. ABS mendapati terdapat kemaskini Whatsapp yang bukan dihasilkan oleh pencipta sebenar Whatsapp sendiri, tersebar dan mensasarkan pengguna perbankan mudahalih di Singapura.

Dalam penerangannya pagi ini, ABS mendapati terdapat penyebaran kemaskini Whatsapp, yang mengandungi malware merbahaya ke dalam peranti Android.

Penjenayah siber sebelum ini mensasarkan komputer peribadi. Tetapi kini, mereka mula mengalihkan sasaran kepada pengguna telefon pintar, kerana semakin banyak bank melancarkan aplikasi perbankan mudahalih untuk kemudahan pengguna.

Malware yang dimuat turun ini, akan meminta pengguna memasukkan maklumat peribadi pengguna, seperti kad kredit dan akaun perbankan.

Malware ini juga akan mengambil alih beberapa kawalan telefon pintar, seperti mencuri maklumat dari TAC dan ‘One-Time Password’ (OTP), yang dihantar menerusi SMS.

Untuk mengelakkan dari malware ini, amalkan penggunaan internet yang selamat sepanjang masa. Pastikan muat turun dari sumber asli iaitu Google Playstore. Jangan klik pautan dan pop-up yang tidak diketahui dan meragukan. Serta, jangan gunakan Wifi awam untuk sebarang aktiviti perbankan.

Hamba Whatsapp COVER

[SUMBER]

Apa komen anda?