Outsourcing Malaysia lantik AJK baru bagi penggal 2016/2017

Share Button

Outsourcing Malaysia (OM), sebuah cawangan di bawah Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), telah melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa baru, bagi penggal 2016/2017. Pelantikan ini diumumkan ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan pada 25 November 2015.

AGM ini turut dihadiri pengerusi PIKOM yang baru dilantik, Encik CS Chin, bersama ahli jawatankuasa PIKOM, selain ahli biasa Outsourcing Malaysia.

Bekas Pengerusi PIKOM, Cheah Kok Hoong telah terpilih sebagai pengerusi baru OM. Beliau akan dibantu oleh M. Pattabhiraman dari UOB Centre of Excellence (M) Sdn Bhd sebagai Timbalan Pengerusi (Servis Perkongsian) dan Anthony Raja Devadoss dari Kelly Outsourcing & Consulting Group Sdn Bhd, sebagai Timbalan Pengerusi (Khidmat Luar). Bendahari pula kekal disandang oleh Dato’ Lim Han Boon dari ENVO BPO Sdn Bhd. Kesemua jawatan ini dimenangi tanpa bertanding, dan akan berkuatkuasa untuk satu penggal (dua tahun).

Barisan jawatankuasa Outsourcing Malaysia 2016 2017

Lapan ahli jawatankuasa yang baru pula adalah:

1. Munirah Looi – Brandt International Sdn Bhd
2. Jason Crimson -n Kimberly Clark Regional Services (M) Sdn Bhd
3. Edmund Eer – iTAc MSC Outsourcing Sdn Bhd
4. Nicholas Tay – CSC Malaysia Sdn Bhd
5. Paul Raymond Raj – Kannal Solutions Sdn Bhd
6. Alex Hee Kam Fatt – Documation Sdn Bhd
7. Linda Lai Pei Leng – e2 Power Sdn Bhd
8. Phan Yoke Hin – HDC Data Centre Sdn Bhd

David Wong, bekas Pengerusi OM sebelum ini, telah memegang jawatan pengerusi selama 10 tahun. Beliau akan terus memberi khidmat kepada OM berdasarkan pengalaman luasnya, di atas kapasiti sebagai Emeritus Pengerusi.

Outsourcing Malaysia ditubuhkan sebagai kumpulan khas di bawah PIKOM pada tahun 2006, oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato Abdullah Ahmad Badawi. Semenjak itu, ia telah menjadi tunggak kepada perkembangan Servis Perniagaan Global (GBS) di Malaysia, dan rantau ASEAN.

AJK Outsourcing Malaysia 2016-2017

Apa komen anda?