Maxis perkenal pek prabayar Hotlink FAST dengan lebih kuota 4G

Share Button

Akhirnya Hotlink memberi reaksi dalam perang harga prabayar di Malaysia. Maxis kini memperkenalkan prabayar baru yang diberi nama, Hotlink FAST. Ia menawarkan internet berkelajuan tinggi 4G LTE, yang konsisten dengan kelajuan 20Mbps(di dalam dan di luar, 80% setiap masa).

Hotlink FAST diperkenalkan untuk memenuhi permintaan golongan ‘Millennials’, yang memerlukan sambungan internet pantas sepanjang masa, di mana jua.

Dengan Hotlink FAST, pengguna boleh melanggan Pas Internet Pantas dengan kadar seperti berikut:

Pas Internet Pantas Hotlink FAST

Jika diperhatikan dari jadual di atas, Maxis dilihat membezakan kuota di antara rangkaian 4G sahaja, dan kuota semua rangkaian. Ini bermakna, pengguna yang melanggan pas berharga RM30, boleh menggunakan internet 2G/3G terhad untuk 1GB sahaja, dengan 1GB lagi hanya untuk rangkaian 4G. Tetapi, rangkaian 4G boleh mempergunakan seluruh kuota berjumlah 2GB, jika pengguna tidak berhubung ke rangkaian 2G/3G.

Sedikit sebanyak, Pas Internet Pantas Hotlink FAST kelihatan kurang sesuai untuk pengguna di luar kawasan liputan 4G. Tetapi Maxis kelihatan yakin dengan liputan 4G miliknya, yang dikatakan memiliki 60% liputan di kawasan berpenduduk.

Selain dari langganan Pas Internet Pantas, pengguna Hotlink FAST juga boleh melanggan tambahan data internet, dengan bayaran RM12 untuk setiap 1GB.

Kadar Panggilan sms Hotlink Activ10

Hotlink FAST menawarkan kadar panggilan dan SMS yang kompetitif melalui Activ10, dengan caj sebanyak 6 sen untuk setiap 30 saat, atau 12 sen seminit. SMS pula dicaj hanya 1 sen.

Untuk kadar biasa, Hotlink FAST mengenakan kadar panggilan 12sen setiap 30 saat, atau 24 sen seminit, dengan SMS 7 sen setiap satu. Kadar ini dikenakan sama rata ke semua rangkaian.

pek permulaan prabayar Hotlink FAST

Bagi pelanggan baru, pek permulaan Hotlink FAST boleh dibeli pada harga RM15 yang datang dengan pra-muat kredit sebanyak RM5 dan pra-muat Internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB. Pek permulaan ini boleh didapati dari pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat.

Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin bertukar kepada pelan Hotlink FAST, boleh berbuat demikian melalui Aplikasi RED Hotlink. Pergi ke ‘My Account’ dan pilih ‘Change’ di sebelah ‘Rateplan’. Selain ini, pengguna juga boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih untuk menukar pelan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink FAST, layari www.hotlink.com.my.

Banner Hotlink Ohhsome-ness

Comments

  1. riana

    Apa2 pun suma adalah terbaik bek maxis…digi….celcom… umobile apa saja . Suma pilihan masing2 ada yg kekurangan dan ada juga kebaikan suma sama je…

  2. zack razzi

    So Far so good bile aq gune plan Maxis fast 4G ni..sbelum ni aq dh pakai Celcom,Digi,Umobile,Xox & TuneTalk baru smuanye..bertukar’2..then ble pakai maxis ni aq trus stop dri tukar kpd yg laen..bgi pendapat aq Coverage Line ternet trbaik Maxis & Digi lh…Celcom magis@Turbo hampeh line pun ssah nk dpat even duk luar kwasan…aq respest Maxis Fast ni lh walaupun kne langgan..xdelh mahal Rm3 1GB (Promo) *100*2*1# 1Day…mmg baloi…Digi line trnet pun mmg laju cuma mahal Rm10 2GB 1Days…Maxis Fast 4G boleh dpat panggilan percuma maxis/maxis & kadar Sms maxis/maxis hanye 1sen…so dripda duk kata tu..aq syorkn korang trylh tukar plan maxis lama korang *100*6*1# bleh tukar plan secara manual..senang..x susah..aq dh try..so far so good..mmg trbaik..

  3. shuk

    Assalam..
    Aku x kuasa nak upgrade Maxis lma so aku beli je nombor baru under pelan 4g fast ni.. Dua2 aku pkai dgn 2 peranti berbeza (smartphone & smartwatch).. Sbb klau pkai dual SIM, mmg cam hampeh sket.. So far, aku xde masalah dgn 4g ni wlaupun aku dduk kwsan luar bandar.. Coverage OK tp kdg2 lembab jgk.. Pelan ni yg bestnya ada 1gb dgn harga rm3.. Klau nk compare yg biasa, rm3 tu bleh dpt 250mb je (klau x silap aku la).. SOS top up still ada tp pelan ni cuma offer seringgit je maximum.. Overall mmg memuaskan.. Aku x pasti la org lain cmne.. Kita ni nak bergerak jadi negara maju jadi terima la perubahan tu dgn positif je.. Klau asyik komplen itu ini, better dduk dlm gua @ xyah la pkai enpon.. Ataupun bukak cellular company sendiri klau rasa dah bagus sgt kayhh.. Hahhaha.. Tersinis plk aku.. Sowwy.. Wassalam..

  4. mat

    Dulu sya to pup dpt ternet free yg mana tarikh lupur ternet tu sama dgn tarikh luput kredit…skrg sya dah x dpt ternet free lpas sya to pup…tlong kmblikan kpda keadaan asal.

    • fiz

      sy pun perasan jgk..dlu unlimited internet..even x subscribe pn..sampah la maxis ni, bila org dh tuka plan fast,dia bt mcmni plk X(

  5. Mohdropi

    Kite ada plihan ..jdilah pngguna yg brhemah..mcm sy digi mxis clcm dan umobile smua ada,..yg penting cr yg free intenet dlu…hehe..umobile power pun ada kelebihanya jg…mcm clcm dan mxis…jd pndai2lah

  6. sape2 je

    memang lembab.. baru je tukar nk test tgk, terpaksa aku tukar pelan lama smula!! dh la charge RM5 ke pelan lama.. :'(

  7. Slipabata

    Download lgu pn lmbt…
    Nk tgk video kt youtube byk sekat2…
    Download game slali je putus2…smpai kong bateri hp aku…bodoh pnye servis, celcom lgi bgus…sistem tu klau boleh naik taraf lh…klau x mampu bri khimat tbaik snang2 gulung tikar je lh…..

Trackbacks

  1. […] Maxis melakukan penambahbaikkan pada pelan prabayar mereka melalui Hotlink FAST Prepaid, Celcom juga tidak mahu ketinggalan. M4GIC SIM adalah kesinambungan kepada pelan MAGIC SIM yang […]

Apa komen anda?