DYMM Sultan Ibrahim miliki 15% saham di U Mobile Sdn Bhd

Share Button

[Gambar oleh Berita Harian]

U Mobile hari ini memaklumkan, Sultan Johor Darul Takzim, D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Sultan Ibrahim), meningkatkan pegangan saham baginda di dalam U Mobile Sdn Bhd dari 10%, kepada 15%. Baginda memiliki 10% saham di dalam U Mobile sejak 2014.

Menurut Pengerusi U Mobile, Tan Sri Vincent Tan, beliau berbesar hati dan berbangga dengan kepercayaan yang diletakkan oleh Sultan Ibrahim, apabila meningkatkan pegangan saham baginda di dalam U Mobile. Ini pasti berdasarkan keyakinan baginda terhadap masa depan cerah di U Mobile.

Pemegang saham utama di dalam syarikat U Mobile Sdn Bhd adalah Straits Mobile Investments Pte. Ltd. sebanyak 49%. Pemegang saham kedua terbesar pula adalah U Telemedia Sdn Bhd (UTM) sebanyak 21.46%. Sultan Ibrahim adalah pemegang saham ketiga terbesar dengan 15%. Selebihnya adalah Magnum Berhad 6.33%, Tan Sri Vincent Tan 6.20% dan akhir sekali Berjaya Infrastructure Sdn Bhd 2.01%.

U Mobile adalah syarikat telekomunikasi ke-4 terbesar di Malaysia. Antara kejayaan besar yang diperolehi U Mobile tahun ini, adalah pengiktirafan penyedia internet terpantas di Malaysia, oleh Ookla yang menjalankan lamanweb Speedtest.net.

Umobile capai 2 juta cover

 

Apa komen anda?