Bagaimana mengenali peniaga online yang menipu / scammer

Share Button

FullSizeRender

Membeli barang di laman-laman Facebook atau Instagram yang bersepah pastinya memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi apatah kehadiran manusia di sebelah sana bukanlah boleh dipercayai 100%.

Lambakan kes-kes penipuan memerlukan pemerhatian serius pengguna atau pembeli sendiri untuk lebih berhati-hati ketika berurusan dengan penjual maya yang hanya dikenali di sebalik tabir telefon atau komputer.

Di Malaysia yang terkenal dengan penembusan telefon bimbit yang tinggi, ramai penjual yang cuba mengambil kesempatan ke atas tahap kesabaran dan kepercayaan yang tinggi rakyat Malaysia ketika berjual beli telefon. TheSkop berikan sedikit tip untuk mengenali si penipu atau kaki scam atau scammer yang patut dielakkan.

Namun harus diingat, ia hanyalah panduan semata-mata untuk lebih berhati-hati dan bukanlah menuduh sesiapa saja menipu.

  1. Kerap memberi alasan. Misalnya apabila sudah membayar jumlah tertentu membeli telefon, tiba-tiba ada saja macam-macam sehingga pembeli lambat menerimanya. Kalau setakat satu atau dua kali alasan masih boleh diharap lagi tetapi apabila masuk alasan ketiga, anda sudah boleh dikira kena ‘kencing’.
  2. Tidak mahu “Cash on Delivery”atau COD meskipun jarak dekat. Berdepan dengan penjual lebih baik terutama jika mahu membeli produk sencond hand dan sebagainya. Tapi kalau lokasinya jauh, kenalah berhati-hati.
  3. Nama akaun Facebook yang pelik atau kelakar atau tak masuk akal.
  4. Nama akaun Facebook dengan penjual meletak lokasi luar negara yang meragukan. Misalnya “Bla Bla lives in London”.
  5. Gambar profil yang meragukan.
  6. Penjual menggunakan ayat-ayat yang tidak formal atau terlalu kebudak-kebudakan. Misalnya “AQ nak jual” atau “Gue nk tolak (nama brand) cpat cpat wei“.
  7. Tidak memuat turun gambar telefon sebenar. Hanya “çopypaste” dari internet.
  8. Penjual kerap menukar nombor telefon.
  9. Memberi nombor telefon orang lain.
  10. Letak gambar kad pengenalan orang lain kononnya diri sendiri. Sebab itu nama Facebook dan kad pengenalan perlu selari.
  11. Tidak mahu memberi ‘tracking number’ tetapi mendakwa sudah dihantar kepada pembeli.
  12. Harga ditawarkan tidak masuk akal.

Apa komen anda?