9 telefon pintar menanti di ulangtahun ke-9 Jabra Malaysia

Share Button

Jabra, pengeluar produk audio inovatif terkemuka di dunia, kali ini meraikan ulangtahun ke-9 di Malaysia. Bagi memeriahkan sambutan ini, pastinya Jabra ingin bersama peminatnya yang telah menyokong jenama audio Bluetooth yang terkenal ini.

Sempena sambutan ‘hari jadinya’ yang ke-9, Jabra menawarkan potongan harga khas bagi produknya, di semua kedai terlibat di seluruh negara. Diskaun sehingga 15% diberikan kepada produk Jabra terpilih, sepanjang tempoh ini. Promosi ini bermula dari 15 November sehingga 15 Januari 2016.

Banner panjang ulangtahun ke9 Jabra Malaysia

Bukan itu sahaja. 9 orang pembeli bertuah juga, berpeluang memenangi 9 buah telefon pintar, dalam tempoh 9 minggu menerusi program Ganjaran Jabra. Antara telefon pintar yang menanti pemenang adalah iPhone 6S 16GB, Huawei Honor 7, Redmi Note 2 dan banyak lagi.

Jabra juga turut mengadakan peraduan gambar #Jabra9. Hanya rakamkan sekeping gambar yang unik, menarik atau menakjubkan, dan berkaitan dengan muzik atau sukan. Kemudian, muat naik gambar tersebut ke Instagram atau Facebook, dan sertakan hashtag #Jabra9. Sebuah Jabra Sport Pace menanti pemenang peraduan ini.

Ulangtahun ke9 Jabra Malaysia - peraduan jabra9

1 unit Jabra Sport Pace, menanti pemenang setiap minggu. Sejumlah 9 unit Jabra Sport Pace disediakan untuk peraduan ini.

Semua maklumat peraduan dan pengumuman pemenang setiap minggu, boleh disemak di Facebook Jabra Malaysia. Sentiasa merujuk ke sana untuk melihat senarai pemenang mingguan peraduan Jabra ini.

poster 101

Apa komen anda?