Xpax memanggil pemain DOTA2, Cosplayer ke Fantasy Fest 2015

Share Button

Xpax tahun ini kembali dengan Xpax Fantasy Fest 2015, menawarkan lebih banyak permainan, aktiviti dan paling utama lebih banyak hadiah untuk dimenangi semua. Ia akan berlangsung selama dua hari, pada 28 & 29 November 2015, bertempat di StarXpo, Kenanga Wholesale City (KWC), Jalan Gelugor, Kuala Lumpur.

Masuk ke Xpax Fantasy Fest 2015 adalah percuma untuk kedua-dua hari. Ia akan dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Semua yang berminat tentang permainan, cosplay dan komik sangat-sangat dijemput hadir ke acara ini.

Xpax Fantasy Fest 2015 - bersama cosplayer

Khas untuk pemilik prabayar Xpax MAGIC SIM, mereka berpeluang menyertai aktiviti eksklusif seperti bermain permainanan realiti maya VR360, mengambil gambar dan mencetaknya dengan mesin Purikura serta 200 pemilik MAGIC SIM terawal, boleh menikmati makanan kegemaran Naruto, iaitu Ramen.

Pemilik MAGIC SIM juga berpeluang bertemu dengan artis serta penyanyi lagu Anime antarabangsa, dan menerima layanan VIP melalui laluan ekspress untuk sesi autograf dan bergambar bersama cosplayer. Paling mengujakan, pemilik MAGIC SIM boleh menyertai cabutan bertuah, untuk memenangi telefon pintar Galaxy Note 5.

Jika anda tidak memiliki prabayar MAGIC SIM, ia boleh dibeli terus pada hari tersebut, dengan pek permulaan berharga hanya RM5 sahaja.

Celcom turut bekerjasama dengan Sony, untuk menyediakan previu permainan terbaru, Street Fighter 5. Pengunjung berpeluang mencuba sendiri permainan ini, yang dipertontonkan kepada awam buat pertama kalinya di Malaysia. Street Fighter 5 dijangka akan mula dijual pada Februari 2016.

Acara utama di Xpax Fantasy Fest 2015 adalah pertandingan cosplay. Hadiah dan wang tunai berjumlah RM10,000 disediakan untuk pemenang. Hadiah utama pula berupa percutian 4 hari 3 malam ke Osaka, Jepun dan menyertai acara Animax Music di sana.

Xpax Fantasy Fest 2015 - cosplayer beraksi

Tidak ketinggalan, pertandingan permainan paling popular, DOTA 2 juga diadakan. Hadiah berjumlah lebih dari RM10,000 menanti pemenang pertandingan ini. Terdapat juga pertandingan permainan konsol disediakan seperti FIFA 16 dan Rocket League.

Selain itu, permainan kad seperti Hearthstone, Magic The Gathering, Pokemon, dan Vangard, turut menyediakan hadiah sehingga RM10,000 kepada pemenang.

Di Xpax Fantasy Fest, akan diadakan pasar terbuka di mana pengunjung boleh mendapatkan barangan koleksi kegemaran serta permainan. Terdapat juga bengkel diadakan oleh artis tempatan dan antarabangsa, bagi yang berminat dengan penghasilan games, animasi dan seni digital.

Xpax Fantasy Fest 2015 dijayakan dengan kerjasama dari Sony, AnimaX, Fallout Gaming dan TMTonline. Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb Fantasy Fest 2015.

Xpax Fantasy Fest 2015 - pelancaran

Apa komen anda?