Navigasi di Google Maps tidak lagi perlukan internet

Share Button

Ramai pengguna di Malaysia menggunakan aplikasi navigasi semasa memandu, seperti Waze dan Nokia Maps. Menjadi masalah besar, apabila data mudahalih kurang stabil, atau tiada langsung, menjadikan navigasi seperti Waze tidak berguna. Adakah peranti tunggal GPS seperti Garmin anda, masih berfungsi?

Google memberikan penyelesaian dengan fungsi terbaru, Google Maps Navigation Offline. Apa ni? Ini bermaksud, Google Maps Navigation, boleh digunakan tanpa talian internet. Tetapi, ia perlu dimuat turun terlebih dahulu.

Google Maps Navigation Offline Setup

Caranya mudah sahaja. Sementara anda masih mempunyai internet, sebaik-baiknya WiFi seperti Unifi, buka Google Maps di telefon pintar anda, dan cari kawasan yang anda ingin gunakan. Contohnya, Kuala Lumpur.

Kemudian, buka menu di sebelah kiri, dan pilih Download, atau Offline Areas. Tekan ikon ‘+’ dan ia akan mula memuat turun. Selepas ni, Google Maps akan pergi ke mod Offline, setiap kali ketiadaan internet atau talian kurang stabil. Ia akan ke mod Online apabila internet stabil semula, memberi akses penuh Maps serta keadaan trafik masa nyata.

Google Maps Navigation Offline di Malaysia - langkah muat turun

Data offline yang dimuat turun ini akan disimpan selama 30 hari. Secara lalai, ia akan mengemaskini data melalui Wifi, tetapi tetapan ini boleh diubah, untuk memuat turun menggunakan internet mudahalih, ataupun tidak perlu dikemaskini langsung.

Adakah fungsi ini berguna untuk anda dan mahukah anda menggunakannya? Mungkin tidak berbeza dengan GPS Garmin atau Papago, jika anda pernah menggunakannya dulu.

[SUMBER]

Apa komen anda?