Maxis ajak Celcom & Digi berdebat tentang 4G LTE di Malaysia

Share Button

Perang 4G LTE di Malaysia mungkin mencapai satu titik pertemuan, apabila Maxis hari ini, membuat jemputan terbuka kepada Celcom dan Digi untuk membincangkan teknikaliti rangkaian 4G LTE di Malaysia.

Semenjak dua menjak ini, perang No 1 4G LTE semakin galak di dada akhbar dan media massa. Celcom, Digi dan Maxis masing masing dilihat mendabik dada menjadi no 1, samada memberi liputan rangkaian 4G LTE terluas, terbaik, ataupun terpantas di Malaysia.

Kesemua syarikat telekomunikasi (telko) ini kelihatan menggunakan tanda aras berbeza bagi membuktikan 4G LTE mereka adalah yang terbaik. Kerana itu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Maxis, Morten Bangsgaard, menjemput ketua jurutera dari Celcom dan DiGi ke satu forum terbuka, untuk berbincang tentang 4G LTE di Malaysia.

Sebelum tu, adakah Maxis terlupa U Mobile juga memiliki rangkaian 4G LTE sendiri di Malaysia?

Forum terbuka ini akan diadakan pada 23 November, yang sudah pun pasti dihadiri oleh CTO dari Maxis. Menurut Morten, Maxis telah menjelaskan prestasi rangkaian 4G LTE nya secara teknikal dan spesifik. Antaranya ialah:

  • Tiada penimbalan (buffering) di YouTube SD, 98% setiap masa
  • Tiada penimbalan (buffering) di YouTube HD, 96% setiap masa
  • Laman web popular (Google dan Facebook) dimuatkan sepenuhnya kurang daripada 8 saat
  • Purata kelajuan 4G melebihi 15Mbps pada bila-bila masa, di dalam dan di luar
  • Kelajuan yang amat pantas sehingga 225MBps di kawasan di mana Maxis telah melancarkan teknologi LTE-Advanced, syarikat telekomunikasi Malaysia yang pertama untuk berbuat demikian
  • Liputan penduduk 4G sebanyak 90% dengan kekuatan signal sebanyak -98dBm di Lembah Klang, Pulau Pinang dan JB
  • Liputan penduduk 4G sebanyak 60% dengan kekuatan signal minimum sebanyak -98dBm di semua ibu negeri
  • Liputan penduduk 4G sebanyak 55% dengan kekuatan signal minimum sebanyak -98dBm di seluruh negara

Mungkin nombor dan fakta teknikal ini nampak menakjubkan. Tetapi sebagai pengguna, apakah perkara yang anda inginkan dari talian mudahalih anda? Adakah ia mencapai tahap yang anda inginkan? Cukupkah hanya liputan terluas dan terpantas? Jika tidak, apakah ruangan yang perlu diperbaiki oleh telko di Malaysia?

Kongsikan pendapat dan komen anda tentang rangkaian telko di Malaysia di ruangan komen di bawah ini.

Infografik Maxis No 1 4G LTE

Comments

  1. Maxis terluas ke. Heheheheh. Fakta ke auta. Ada signal lte kat screen. Bila buka browser terus hilang bertukar ke 3g. Bangganya pakai maxis yg terluas ltenye. Setakat signal je. Port out in progress

Apa komen anda?