iprice kembangkan capaian bersama REV Asia

Share Button

Budaya membeli-belah dalam talian rakyat Malaysia yang semakin meningkat, telah menghasilkan portal iprice.my. Sejak 2014, iprice telah masuk ke pasaran Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong dan juga Malaysia. iprice merancang untuk menjadi pusat destinasi beli-belah dalam talian terbaik untuk pengguna.

iprice baru-baru ini mengumumkan kerjasama eksklusif dengan REV Asia. Kerjasama ini akan menyaksikan portal kupon iprice dipaparkan di empat website milik REV Asia iaitu SAYS.com, JuiceOnline.com, OhBulan.com dan Hanger.my. Portal kupon ini menyediakan penjimatan dan tawaran menarik untuk pembelian dalam talian.

kupon iPrice di SAYS Rev Asia

Laman SAYS.com akan menjadi yang pertama menyediakan portal kupon ini, di alamat http://coupon.says.com. Kupon-kupon dari laman e-dagang terkemuka di Malaysia seperti Zalora, Lazada, Agoda, dan Foodpanda boleh didapati di sini.

iprice sebelum ini menyatakan, ia telah bekerjasama dengan lebih 100 peniaga, menjadikannya rangkaian affiliate perniagaan terbesar di Asia Tenggara. iprice memproses lebih 1000 kupon penjimatan setiap hari. Setiap kupon ini telah disahkan sendiri oleh iprice dan dikemaskini setiap hari.

Banner iPrice Malaysia - pusat kupon setempat

Apa komen anda?