Harga OPPO R7s diumum bersama ketibaan warna Rose Gold

Share Button

Adakah minat anda terhadap warna merah jambu meningkat baru-baru ini? Mungkin pengumuman terbaru dari OPPO Malaysia ini bisa mengubat diri anda, kerana telefon pintar OPPO R7s dengan warna Emas Ros akan mula dibuka tempahannya esok.

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan OPPO R7s, iaitu RM1,898 dengan dua pilihan warna, Emas Ros atau Rose Gold, dan juga Emas atau Gold. Tempahan akan dibuka bermula esok, 7 November sehingga 22 November 2015.

OPPO R7s rose gold pra tempah COVER

Seperti biasa, tempahan awal akan menerima hadiah percuma. OPPO akan memberi 500 penempah OPPO R7s terawal, hadiah percuma berupa pengecas kereta VOOC berniai RM148. Tiada deposit diperlukan, jadi buat tempahan dengan segera di sini.

OPPO R7s dengan warna terhad Emas Ros, seperti namanya, mempunyai unit yang sangat-sangat terhad. Ia diberikan kepada siapa cepat tempah, dia yang dapat beli. Jika anda peminat warna merah jambu, maka OPPO R7s ni wajar menjadi milik anda.

OPPO R7s Gold - belakang depan

OPPO R7s mempunyai skrin AMOLED 5.5-inci HD Penuh, dengan skrin 2.5D serta badan besi sepenuhnya. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615, bersama 4GB RAM, terbesar dalam keluarga R7. Sistem operasinya digerakkan oleh Android 5.1 Lollipop, dan menggunakan antaramuka ColorOS 2.1.

Kapasiti bateri OPPO R7s sebesar 3,070mAh yang dilengkapi pengecasan pantas VOOC. Storan dalamannya pula sebanyak 32GB, boleh diluaskan dengan kad mikroSD sehingga 128GB.

Kamera belakang OPPO R7s menggunakan sensor 13MP F2.2, manakala kamera depan 8MP F2.4. Kamera belakang ini turut dilengkapi teknologi Flash Shot, dengan autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas.

Untuk menempah OPPO R7s terutama sekali berwarna merah jambu ini, pergi ke laman tempahan OPPo R7s di sini. Maklumat lanjut tentang OPPO R7s turut boleh didapati di situ.

Kini lengkaplah empat model siri R7 ke Malaysia. Paling murah untuk dibeli adalah OPPO R7 Lite berharga RM1,298, diikut OPPO R7 berharga RM1,598, R7s RM1,898 dan akhir sekali R7 Plus RM1,998.

Spesifikasi dan harga OPPO siri R7

 

Apa komen anda?