Youtube perkenal RED – langganan berbayar video bebas iklan

Share Button

Agak-agak, ramai tak orang Malaysia sukakan langganan video dan muzik jika harganya USD10 (~RM43) sebulan, dengan siri TV terbaru dan kandungan asli lain yang akan menjadi tarikan utama perkhidmatan ini?

Di Los Angeles, Youtube yang terkenal dengan servis strim video percuma, baru sahaja mengumumkan yang ia bakal memperkenalkan Red, perkhidmatan langganan video dan muzik, bernilai USD10 (~RM43) sebulan di Amerika Syarikat.

Antara ciri menariknya selain menstrim video, pengguna juga boleh mendengar muzik, menggunakan aplikasi lain ketika dimainkan, serta boleh dimuat turun untuk tontontan tanpa internet. Pelanggan Google Play Music juga dibenarkan mengakses Red. Paling penting, tak perlu melihat iklan, menunggu 5 saat atau sehingga video iklan tamat. Red bebas dari iklan.

Youtube red bebas iklan dan boleh ditonton offline

Youtube Red bakal dilancarkan pada 28 Oktober 2015, dan ia didatangkan bersama aplikasi Youtube yang boleh dimuat turun secara percuma. Untuk pengguna iOS, mereka terpaksa melanggan Red melalui Apple iTunes dengan bayaran langganan USD13 (~RM55) sebulan.

Belum tentu lagi ia akan diperkenalkan di Malaysia. Tapi harap-harap jika Red sampai nanti, nilai matawang negara ini lebih baik dari sekarang lah.

[SUMBER]

Apa komen anda?