Xiaomi lancar Mi TV 3 dengan skrin 4K 60-inci

Share Button

Xiaomi yang terkenal menghasilkan telefon pintar, hari ini mengumumkan model generasi ketiga TV keluaran mereka, iaitu Mi TV 3. Dikuasakan oleh Android, Mi TV 3 kini tampil lebih besar, dengan skrin berukuran 60-inci.

Sebelum anda mula berharap, Mi TV 3 ni tidak dijangka tiba di Malaysia. Kerana Mi TV yang sebelum ini juga tiada khabar langsung untuk sampai ke Malaysia.

Mi TV 3 di ruang tamu atas meja

Mi TV 3 dengan skrin 60-inci, membawa resolusi 4K UHD yang dimuatkan di dalam bingkai aluminium yang sangat nipis. Ia menggunakan pemproses MStar 6A928 yang berkuasa tinggi, dan menampilkan rekaan modular, dalam dua perkakas berbeza.

Pertama sekali, perkakas utama Mi TV 3 adalah skrin 60-inci 4K. Kedua ialah Mi TV Bar, yang menyimpan kuasa memproses dan papaninduk, serta pembesar suara bertaraf dunia.

Mi TV 3 - Mi TV bar

Skrin Mi TV3 memerlukan Mi TV Bar untuk berfungsi. Tetapi Mi TV Bar boleh digunakan pada mana-mana TV lain, yang mempunyai sambungan HDMI. Ini membolehkan TV dinaik taraf dengan mudah. Hanya gantikan Mi TV Bar dengan versi lebih baru, yang mungkin akan diperkenalkan di masa depan.

Mi TV 3 menjalankan sistem operasi MIUI TV. Sistem audionya pula ditala oleh Luca Bignardi, pemenang Anugerah Grammy, dan juga oleh Wang Fuyu, bekas ketua pengkaji di Philips Acoustic Architecture.

sepesifikasi dan harga Mi TV 3

Mi TV 3 akan mula dijual melalui lamanweb Mi.com, pada 3 November 2015. Harganya pula hanyalah RMB4,999 (~RM3,352). Ia dikatakan jauh lebih murah berbanding TV 60-inci 4K yang lain, yang rata-ratanya sekitar RMB10,000 (~RM6,706).

Terdapat juga aksesori tambahan untuk Mi TV 3, yang dijual berasingan. Seperti Mi Subwoofer berharga RMB599 (~RM401), Bluetooth Voice Remote Control berharga RMB99 (~RM66) dan Mi TV Bar sendiri, yang boleh dipasang ke TV lain dijual pada harga RMB999 (~RM669).

aksesori Mi TV 3 - Mi TV Bar Mi Subwoofer Mi remote control

Mi Malaysia, tolonglah bawa masuk Mi TV 3 ni ke Malaysia. Takpun, Mi TV 2 pun jadilah.

Apa komen anda?