WD menukar semua cakera keras hijau menjadi biru

Share Button

Mungkin terlalu banyak siri dan agak mengelirukan, membuatkan WD, sebuah syarikat storan yang banyak menghasilkan cakera keras, menyatukan siri cakera keras WD Green mereka, ke dalam siri WD Blue.

Semua cakera keras WD Green sedia ada akan terus dijual seperti biasa dalam tempoh perubahan ini. Selain itu, WD Black akan kekal di dalam siri PC Rumah, bagi pengguna yang mahukan prestasi tinggi storan.

Intel Core generasi 6 Skylake - WD

WD telah lama menggunakan kod warna untuk membezakan model cakera keras mereka. Contohnya WD Red dikhususkan untuk pengguna Storan Rangkaian (NAS) manakala WD Purple direka untuk sistem pemantauan video. WD Gold pula digunakan di dalam pusat pengkalan data.

WD Green sebelum ini membawakan cakera keras yang mempunyai kelajuan putaran 5400RPM. WD Blue pula sedikit lebih pantas, dengan kelajuan putaran 7200RPM. WD Green yang berubah ke WD Blue, akan mempunyai kod nombor diakhiri ‘Z’, menggantikan kod nombor sekarang yang diakhiri dengan ‘X’. Contohnya, WD60EZRX menjadi WD60EZRZ. Untuk senarai lengkap nombor model WD Green yang bertukar ke WD Blue, sila rujuk laman produk WD Blue.

Pastikan anda membuat pilihan yang tepat semasa membeli cakera keras WD kelak. Pilih warna yang betul.

WD60EZRX front side model lama

 

Apa komen anda?