WD membeli SanDisk dan bentuk syarikat storan terbesar

Share Button

Dua gergasi pengeluar storan dan memori, hari ini mengumumkan penggabungan. Western Digital Corporation (WD) telah membeli majoriti saham di dalam SanDisk, pada harga USD86.50 sesaham, membawakan jumlah keseluruhan pengambilalihan bernilai USD19 bilion.

WD selama ini terkenal sebagai pengeluar utama storan mekanikal, menghasilkan cakera keras untuk kegunaan rumah, perniagaan dan pengkalan data. SanDisk pula, lebih dikenali dalam penghasilan storan flash, seperti pemacu USB dan kad memori mikroSD.

memori NAND SanDisk

Salah satu pesaing WD, Toshiba telah lama bekerjasama dengan SanDisk. Kerjasama ini akan diteruskan, untuk memastikan bekalan memori NAND kekal stabil.

Kedua-dua syarikat ini beribu pejabat di Irvine, California. CEO WD sedia ada, Steve Milligan akan terus menerajui gabungan syarikat baru ini. Manakala CEO SanDisk, Sanjay Mehrotra akan menyertai lembaga pengarah WD.

Urusniaga mega ini masih dalam proses kelulusan pemegang saham SanDisk, dan WD menjangka ia akan diselesaikan sepeuhnya menjelang suku ketiga tahun depan.

Logo Sandisk dan WD

[SUMBER]

Trackbacks

  1. […] lepas, WD mengumumkan penggabungan dengan syarikat storan kilat Sandisk, dengan jumlah pengambilalihan bernilai USD19 bilion. Dengan […]

Apa komen anda?