Uji & rasai sendiri peranti Samsung Galaxy di Samsung Android Hub

Share Button

Pembeli yang berminat dengan telefon pintar Samsung, akan dapat mencubanya terlebih dahulu dengan lebih mudah, apabila Samsung mengumumkan kerjasama dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi). Samsung kini membuka Samsung Android Hub, di sepuluh Stor Digi terpilih di seluruh negara.

Samsung Android Hub memberi peluang kepada bakal pengunjung, mencuba fungsi telefon pintar Samsung, di samping merasanya sendiri di dalam tangan mereka. Samsung menyediakan pakar produk yang digelar Galaxy Master, di hub tersebut. Pengunjung boleh mengajukan pelbagai persoalan tentang produk Samsung kepada Galaxy Master.

Samsung turut menyediakan latihan setiap hari, termasuk bantuan kepada pengunjung, untuk membuat tetapan, diagnosis serta mengesan masalah pada peranti Galaxy mereka.

Samsung Android Hub in Digi Stores - display

Tayangan tetap tentang peranti Galaxy akan dijadualkan setiap minggu, untuk memberi pendedahan kepada pelanggan tentang pelbagai topik berkaitan Android. Topik dari tahap permulaan sehingga lanjutan akan disediakan, untuk menarik minat pengunjung.

Untuk meraikan pembukaan Android Hub ini, Samsung dan Digi menyediakan beberapa promosi khas. Pembeli boleh mendapatkan diskaun tambahan RM100, pada langganan pelan apabila membeli peranti Samsung Galaxy, serta diskaun 40% pada aksesori. Samsung turut akan memberikan pengecas tanpa wayar, selagi stok masih ada. Hadiah percuma turut akan diedarkan ketika tayangan berjadual dijalankan.

Di bawah ini adalah senarai Samsung Android Hub di Stor Digi:

  1. Sunway Pyramid (SELANGOR) – Lot LG2.69 Lower Ground 2, No 3, Jalan PJS11/15, Bandar Sunway Pyramid, 46150 PJ, Selangor
  2. The Gardens (KUALA LUMPUR) – S-233, 2nd Floor, Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 KL.
  3. Ipoh Greentown (PERAK) – Lot C-01-04, No 2, Ground Floor, Persiaran Greentown 3, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh. Perak
  4. KLIA 2 (SELANGOR) – Lot L2-75, Terminal KLIA2, KL International Airport Jalan Klia 2/1,64000 KLIA Sepang ,Selangor
  5. Pulau Tikus (PULAU PINANG) – 368-1-05, Bellisa Row,Jalan Burmah, 10350 Pulau Tikus, Penang
  6. Taman Molek (JOHOR) – 6 & 8, Jalan Molek 1/12, Tmn Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
  7. Kuching (SARAWAK) – Lot 506-507, Section 6 KTLD, Jln Kulas Tengah, 93400, Kuching, Sarawak.
  8. One Borneo (SABAH) – Lot G612, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
  9. Plaza Merdeka (MELAKA) – No 2 Jalan Plaza Merdeka, Plaza Merdeka, 75000 Melaka
  10. Kuantan (PAHANG) – No 91 Jalan Tun Ismail 25000 Kuantan Pahang

Apa komen anda?