Uber KL umum perkhidmatan uberXL yang lebih besar dari uberX

Share Button

Anda sering menggunakan perhidmatan Uber. Tapi mungkin ada masanya anda ragu-ragu nak mendapatkannya, kerana anda mempunyai 5 atau 6 penumpang bersama. Tak muat untuk duduk dalam 1 kenderaan. Tetapi penyelesaian masalah ini dah tiba.

Uber Malaysia kini menyediakan perkhidmatan baru, yang dikenali sebagai uberXL. uberXL adalah versi uberX, yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang. Jika hanya 4 penumpang boleh menaiki uberX, uberXL menawarkan tempat duduk sehingga 6 penumpang.

Uber menjadikan kenderaan SUV seperti Perodua Alza, Toyota Wish dan Nissan Grand Livina sebagai kenderaan uberXL. uberXL juga menawarkan tambang lebih rendah dari menaiki 2 kenderaan uberX.

perbandingan tambang uberX dan uberXL

Sebagai perbandingan, kadar permulaan uberX adalah RM1.50 dengan tambahan 30sen seminit serta 60sen sekilometer. uberXL pula, bermula dengan RM2.50, dengan tambahan hanya 40sen seminit dan 75sen sekilometer. Lebih murah menaiki uberXL daripada dua kenderaan uberX.

Selain itu, kadar tambang rata ke lapangan terbang KLIA menggunakan uberXL adalah RM110. Berbeza sedikit sahaja dengan uberX, yang mengecas RM90 ke lapangan terbang KLIA. Membawa lebih banyak bagasi ke lapangan terbang, pasti lebih selesa dengan adanya uberXL ni.

Harga tambang rata uberBlack uberX uberXL

[SUMBER]

Comments

Apa komen anda?