Tonton Anugerah Drama Korea 2015 secara langsung dengan V

Share Button

Anda peminat drama Korea ataupun K-drama? Sering mengikuti perkembangan terkini K-drama? Kalau macam tu, jom saksikan Anugerah Drama Korea 2015 secara langsung, melalui aplikasi V!

V ialah sebuah aplikasi penyiaran selebriti masa sebenar yang dihasilkan NAVER, pencipta aplikasi permesejan terkenal LINE. V telah menampilkan pelbagai selebriti K-pop terkenal seperti AOA, T-ara, Secret, Girls Day dan ramai lagi.

Kali ini atau lebih tepat lagi petang ni, V akan membawakan kepada penggunanya di seluruh dunia, Anugerah Drama Korea 2015 secara langsung.

Aplikasi V oleh NAVER

Majlis utama Anugerah Drama Korea 2015, akan bermula pada jam 5 petang ini (waktu Malaysia). Tetapi V akan membawakan kepada penggunanya di seluruh dunia, menyaksikan siaran eksklusif sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya acara berkenaan.

Jadual Anugerah Drama Korea 2015 di V

Acara karpet merah ketibaan selebriti, aksi di sebalik tabir dan majlis penuh anugerah akan disiarkan secara live streaming ke seluruh dunia. Pelakon lelaki dan wanita terhebat Korea, bersama bintang K-pop yang terkenal dijangka akan menghadiri majlis ini, termasuklah Kim Soo-hyun, Kim Tae-hee, Chan-yeol dari kumpulan EXO dan Sooyoung dari Girls’ Generation.

V turut akan memberi kejutan eksklusif kepada penonton, dengan membawakan salah seorang daripada bintang korea yang disebut di atas, menjadi hos bagi siaran selepas berlangsungnya majlis.

Anugerah Drama Korea 2015 di aplikasi V

Untuk menonton Anugerah Drama Korea 2015 di V Live, gunakan pautan ini:

PC Desktop : www.vlive.tv/video/2270
Peranti Mudahalih : m.star.naver.com/staronair/special/1130/end

Atau lebih mudah lagi, muat turun aplikasi V di Google Play Store atau Apple AppStore.

Selepas Anugerah Drama Korea 2015, V akan membawakan satu lagi acara menarik untuk peminat kumpulan BTS. V menjemput semua peminat BTS di seluruh dunia untuk turut serta ke parti eksklusif bersama BTS. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi V. Maklumat lanjut tentang acara ini, akan diumumkan kemudian.

 

Apa komen anda?