TM UniFi lancar wajah baru sehari sebelum iPhone 6s tiba

Share Button

Anda menantikan pengumuman TM yang heboh sehari lebih awal dari iPhone 6s? Kini dah sah! Ia bukannya tentang produk baru TM, tetapi lebih kepada pembaharuan lamanweb TM UniFi.

Menerusi lamanweb TM iwant yang diwar-warkan sebelum ini, ia menampilkan logo besar UniFi yang menyatakan, ‘UniFi serba baru, pelengkap terbaik untuk telefon pintar baru anda‘.

Seterusnya, ia cuba mempromosikan UniFi adalah jalurlebar terbaik. Lebih laju, lebih hiburan dan lebih segalanya.

Mural TM forthemakersoftomorrow di stersen lrt masjid jamek

Di lamanweb tersebut, TM turut mengumumkan gerakan #ForTheMakersOfTomorrow. Ia kelihatan sebagai sebuah gerakan yang mahu memberi inspirasi kepada penggerak, menghasilkan masa depan yang lebih cerah dan gembira. Dan ia boleh dimulakan dengan sambungan pantas internet menggunakan pelan baru UniFi.

Kemuncak gerakan ini, adalah peraduan yang diadakan TM. TM menawarkan hadiah berupa telefon pintar, untuk peraduan ini. Caranya, anda perlu pergi ke stesen LRT Masjid Jamek, dan ambil gambar mural TM di sana. Muat naik gambar tersebut ke Twitter atau Instagram, dan beritahu apa yang membuatkan anda ‘Pencipta Hari Esok‘. Sertakan sekali hashtag #ForTheMakersOfTomorrow pada status media sosial.

peraduan TM UniFi - ForTheMakersOfTomorrow

Peraduan ini berjalan dari 15 Oktober hingga 23 Oktober 2015. Mungkinkah hadiah telefon pintar ini, berupa sebuah iPhone 6s?

TM juga sedang menjalankan promosi masa terhad untuk Unifi, iaitu diskaun RM20 dari kadar bulanan. Jadi, harga langganan bulanan UniFi 30 menjadi RM179 dari RM199, dan UniFi 50 RM 229 dari RM249.

harga promosi TM UniFi

Pelan baru UniFi, selain menyediakan pakej baru UniFi 30 dan UniFi 50, ia turut menampilkan pakej tambahan yang boleh ditambah ke dalam langganan. Pertama, pelanggan boleh menambah pek HyppTV yang bersesuaian ke dalam langganan UniFi.

Seterusnya, terdapat pilihan untuk menambah internet mudahalih, melalui pakej P1 ToGo. Masih adakah yang berminat menggunakan P1 ni? Dari RM29 sebulan, P1 ToGo memberikan internet mudahalih berkelajuan 1Mbps dengan kuota 5GB sebulan. Ia disertakan dengan modem P1 UH235.

Pelan baru UniFi kini tidak datang dengan panggilan percuma. Sama ada membayar kadar rata 20sen/minit ke talian tempatan di seluruh negara, atau menambah pakej Panggilan, sebanyak RM20 sebulan. Pakej Panggilan memberikan panggilan percuma ke seluruh talian tetap TM, dan 600 minit untuk panggilan tempatan lain, termasuk talian mudahalih.

TM UniFi juga menyediakan pakej keselamatan dan pemantauan. Dengan bayaran RM99 sebulan, set peralatan keselamatan yang terdiri dari butang panik, pembesar suara hon dan kamera CCTV diberikan. Semua ini boleh dipantau masa nyata menggunakan aplikasi mudahalih, dan dihubungkan terus ke PDRM.

Akhir sekali, TM UniFi menawarkan perlindungan gajet dan peranti. Kelihatan seperti insuran, yang melindungi peranti di rumah dari kecurian, hujan atau litar pintar, dengan bayaran RM15 sebulan.

Berminat untuk melanggan UniFi? Lawati lamanweb UniFi serba baru untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Pakej Tambahan TM UniFi iwant

Trackbacks

  1. […] mahal, apatah lagi bila dibandingkan dengan Singapura & Thailand. Walaupun TM baru melancarkan pakej Unifi ADVANCE yang baru, masih ramai yang lebih berminat melanggan pakej lebih murah seperti Unifi VIP5 pada […]

Apa komen anda?