TM nak umum perubahan sehari lebih awal dari iPhone 6s

Share Button

Seminggu lagi iPhone 6s akan mula dijual di Malaysia, dan kelihatan Telekom Malaysia (TM) juga mahu membuat pengumumanan besar. Di twitternya @TMcorp,  TM memaparkan gambar yang kelihatan mempunyai elemen Apple (tak takut kena saman ke?), dengan tarikh 15 Oktober 2015, sehari awal dari jualan iPhone 6s di Malaysia.

Tweet tersebut dengan logo Unifi di sudut atasnya, seterusnya menyatakan yang bermaksud, semua telefon pintar yang berbeza dari yang lain, memerlukan jalurlebar yang berbeza dari yang lain. Semuanya berubah sehari lebih awal.

Adakah TM mahu memperkenalkan pakej baru untuk perkhidmatan jalurlebarnya, ataupun terdapat perkhidmatan jalur lebar yang serba baru dari TM?

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan TM mahu menyertai pasaran jalurlebar mudahalih, selepas bekerjasama dengan syarikat Wimax, P1. TM juga baru sahaja memperkenalkan pakej jalur lebar rumah lebih pantas, 30Mbps dan 50Mbps.

Apa laa yang TM nak umumkan nanti ya. Sama-sama kita tunggu ketibaan 15 Oktober ni.

 

Logo TM besar

Apa komen anda?