[TIP] Nak beli iPhone 16GB atau 64GB atau 128GB?

Share Button

iPhone 6s Plus dijual di Apple Store Malaysia

Seperti yang diketahui tinggal kurang 36 jam sebelum rakyat Malaysia menggenggam sebuah telefon dinamakan iPhone yang dicipta Apple.

Dengan dua versi, iPhone 6s dan 6s Plus memanglah meruntuh jiwa untuk mengosongkan poket atau dompet bagi membelinya pada harga dari RM3,199 untuk untuk storan 16GB, RM3,699 64GB dan RM4,199 untuk 128GB.

Manakala iPhone 6s Plus pula berharga RM3,699 untuk 16GB storan, RM4,199 64GB dan RM4,699 bagi 128GB.

Bagi sesetengah pihak, anda mungkin mahu mendapatkan iPhone 6s pada harga paling murah. Asalkan sudah bergelar pemilik iPhone pun dah cukup walaupun hanya 16GB. Persoalannya, adakah ia cukup?

image

Pengguna iPhone mempunyai 2 sebab membeli iPhone: 1. Memaksimumkan pelbagai apps 2. Menangkap banyak gambar.

Anda mungkin sedang berkira-kira, mahu mendapatkan 16GB atau 64GB atau 128GB?

TheSkop ingin membantu anda membuat pilihan tetapi sebelum itu mari kita lihat sedikit tentang tabiat pengguna. Dengan melihat 2 sebab membeli iPhone di atas, TheSkop mencadangkan anda membeli sekurang-kurang 64GB untuk membolehkan pembelian iPhone benar-benat berbaloi.

Bermakna, anda perlu tambahan RM500 lagi sekiranya pada mulanya sudah menyediakan RM3,199 untuk versi 16GB. Kenapa?

Dengan sistem operasi iOS, aplikasi tersedia untuk Apple seperti iMovie dan sebagainya, sekurang-kurangnya 20% atau 30% ruang dalam telefon tidak lagi bebas.

Kemudian anda ada pula aplikasi permesejan, Whatsapp, Telegram, WeChat dan macam-macam lagi. Setiap kali orang menghantar sesuatu dan ia tersimpan dalam media, paling kurang 40% lagi telah penuh dengan foto dan video. Melainkan anda rajin membersihkan ruang dengan kerap, lain ceritanya. Tetapi kebanyakan foto atau video dihantar agak penting dan anda perlu menyimpannya.

Kemudian, anda betul-betul memanfaatkan kamera iPhone yang cantik. IPhond baru pula ada rakaman 4K. Semua itulah antara punca storan cepat penuh. Jadi, versi 16GB bukan pilihan sesuai.

Pilihlah antara 64GB dan kalau ada lebih bajet, dapatkan 128GB.

Ya, kita mempunyai iCloud dan pelbagai simpanan cloud lain tetapi menyimpannya sendiri dalam telefon mungkin pilihan utama.

Untuk maklumat lanjut tentang harga iPhone 6s di telko, beserta kontrak dan pelan, sila rujuk artikel kami bertajuk Perbandingan Harga Tawaran telko bagi iPhone 6s dan 6s Plus.

Trackbacks

  1. […] Secara peribadi, saya akan memilih untuk mendapatkan iPhone 6 berkapasiti 64GB berbanding iPhone 6s yang hanya ada 16GB. Jika anda mahu kenapa boleh rujuk artikel sebelum ini, http://theskop.com/2015/10/tip-nak-beli-iphone-16gb-atau-64gb-atau-128gb/ […]