[TIP] Bagaimana untuk memulihkan semula gambar yang terpadam dalam Android?

Share Button

dr-android-img2

Kadang-kadang, anda perlu memadam gambar-gambar yang banyak dalam telefon sehingga terpadam juga gambar penting yang tidak seharusnya dinyahkan dari telefon anda.

Ataupun, telefon anda mungkin terjatuh dan pecah sehingga langsung tidak kelihatan apa-apa di skrin yang menghitam.

Apabila telah terpadam, panik pula jadinya terutama apabila gambar tersebut sebenarnya sangat penting bagi kehidupan anda. Apa yang perlu dilakukan? TheSkop ada caranya.

Bagi pengguna Android, anda boleh memasang perisian Dr.Fone for Android yang dimuat turun dari www.wondershare.com. Anda boleh mencubanya secara percuma yang sesuai untuk Windows 10, 8.1, 7, Vista, XP atau Mac.

drfone-android-sc01 (1)

Selepas perisian tersebut dimuat turun, anda sambungkan saja telefon atau tablet ke komputer dengan kabel USB.

drfone-android-sc05

Kemudian, anda boleh memilih untuk mengimbas telefon dan secara automatik perisian tersebut akan mengesan ‘Lost Data’ bagi tujuan pemulihan semula dengan hanya satu klik bagi tujuan mengimbas.

drfone-android-sc07

Sebaik imbasan dilakukan, anda sudah boleh melihat atau previu gambar-gambar yang terpampang di skrin dan bergantung kepada berapa banyak gambar yang hilang, ia mengambil sedikit masa untuk berbuat demikian.

drfone-android-sc08

Selepas itu, anda boleh memilih semula gambar apa yang ingin diambil semula dan simpan atau save terus dalam PC anda.

Apa komen anda?