Tiga model Xperia Z5 tampil bergaya di majlis pelancarannya

Share Button

Hari ini menyaksikan pelancaran tiga model baru telefon pintar terhebat Sony, dari siri Xperia Z5 iaitu Z5 dual, Z5 Compact dan Z5 Premium dual. Xperia Z5 mempamerkan teknologi terbaik Sony dalam rekabentuk, kamera dan juga sistem bunyi dalam peranti mudahalih.

Perbezaan ketara ketiga-tiga model ini ialah pada skrinnya, yang menggunakan paparan Triluminos. Xperia Z5 Dual menampilkan skrin HD Penuh 5.2-inci, manakala Z5 Compact memiliki skrin HD 4.6-inci. Z5 Premium dual pula memiliki skrin 5.5-inci, dengan resolusi 4K yang pertama di dunia untuk telefon pintar.

Sony Xperia Z5 - diperaga model

Kesemua model Z5 berkongsi kamera yang sama. Di belakang, ia menggunakan sensor Sony Exmor RS 23MP yang datang bersama autofokus hibrid super pantas, hanya 0.03 saat untuk memfokus. Ia juga dilengkapi lensa lebar G 25mm yang dilindungi kaca sapphire. Video boleh dirakam sehingga resolusi 4K dan teknologi SteadyShot untuk video, memastikan rakaman kelihatan tidak bergegar.

Kamera depan pula menggunakan sensor Sony Exmor R 5MP fokus tetap, bersama lensa bersudut lebar 25mm dan turut memiliki teknologi SteadyShot. Xperia Z5 turut memiliki butang kamera khas, untuk melancar aplikasi kamera, sekaligus mengambil gambar dengan pantas.

Sony turut tidak ketinggalan melengkapkan pengimbas capjari pada Xperia Z5, tetapi ia terletak di sisi. Sony mengintegrasikan butang kuasa di kanan telefon, bersama pengimbas capjari yang menurutnya, lebih mudah dicapai.

Sony Xperia Z5 Compact - kanan dalam tangan

Xperia Z5 meneruskan kehebatan Sony, dengan mengekalkan fungsi kalis air dan debu dengan rating IP68. Ini bermakna, ia boleh tenggelam di dalam air sedalam 1.5 meter, selama 30 minit.

Sony juga mereka bateri Xperia Z5 agar mampu bertahan sehingga 2 hari, untuk penggunaan biasa dalam sekali pengecasan penuh. Ia juga kini memiliki pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 2.0.

Spesifikasi dalaman ketiga-tiga model Z5 tidak jauh berbeza. Ia menggunakan CPU Qualcomm 810 8-teras, bersama 3GB RAM untuk Z5 dual & Z5 Premium dual, dan 2GB RAM untuk Z5 Compact. Kesemuanya memiliki storan dalaman 32GB.

Seperti namanya, Z5 dual dan Z5 Premium dual menyokong dua slot kad sim 4G, yang berbeza slot dengan kad mikroSD. Z5 Compact pula hanya satu slot kad sim. Kapasiti bateri untuk Z5 dual ialah 2,900mAh, dan Z5 Compact 2,700mAh. Z5 Premium pula mempunyai bateri 3,430mAh.

Sony yang memiliki pengalaman luas dalam bidang audio, memastikan Z5 dilengkapi audio beresolusi tinggi. Cip DSEE HX meningkatkan kualiti audio termampat seperti MP3 ke resolusi tinggi. Bunyi pula dihasilkan menerusi pembesar suara stereo di hadapan, yang terletak di bawah dan atas skrin. Sony juga menyediakan earfon beresolusi tinggi, MDR-NC750 pada semua siri Z5.

Telefon pintar Sony Xperia Z5 dual dan Z5 Compact, akan mula dijual di Malaysia pada awal November, dengan harga RM2,699 untuk Z5 dual, dan RM2,299 untuk Z5 Compact. Z5 Premium dual masih belum diumumkan harga, dan dijangka dijual hujung tahun ini.

Sony Xperia Z5 - 4 warna hitam hijau emas putih

4 warna Z5 dual disediakan iaitu Hitam, Hijau, Emas dan Putih. Z5 Compact juga memiliki 4 warna iaitu Kuning, Putih, Merah Jambu dan Hitam. Manakal Z5 Premium dual akan datang dalam 3 warna: Hitam, Krom dan Emas.

Sony bekerjasama dengan filem James Bond terbaru, Spectre. Khas untuk pembeli terawal Z5 dual dan Z5 Compact, akan menerima cenderahati Spectre percuma, berupa t-shirt Spectre, pembuka botol Spectre dan bukufoto berkulit keras, semuanya bernilai RM427. Bagaimanapun, kuantitinya terhad. Lekas dapatkannya sebelum kehabisan stok.

Promosi Xperia Z5 - spec dan harga Promosi Xperia Z5 - hadiah percuma Spectre

 

Gambar Sony Xperia Z5 Dual

Sony Xperia Z5 - depan spec harga Sony Xperia Z5 - hp belakang Sony Xperia Z5 - hp kanan Sony Xperia Z5 - hp kiri Sony Xperia Z5 - hp atas Sony Xperia Z5 - hp bawah

 

Gambar Sony Xperia Z5 Compact

Sony Xperia Z5 Compact - depan dalam tangan Sony Xperia Z5 Compact - belakang dalam tangan Sony Xperia Z5 Compact - kanan dalam tangan Sony Xperia Z5 Compact - kiri dalam tangan

Trackbacks

  1. […] pintar Sony Xperia Z5 Premium Dual telah diperkenalkan ketika pelancaran siri Xperia Z5, 2 minggu lepas. Pada pelancaran tersebut, hanya harga Z5 Dual dan Z5 Compact diumumkan. Xperia Z5 […]

Apa komen anda?