Tiada butang ‘Tak Suka’, Facebook cuba butang ‘Marah’ dan ‘Sedih’

Share Button

Bila asyik ‘Like’, ‘Like’ dan ‘Like’, ramai pula yang kata perbuatan menekan butang itu di Facebook melambangkan pemikiran cetek. Bahkan ada kalanya, bila seseorang meletakkan berita sedih tentang kucingnya yang mati dilanggar kereta di Timeline, tak ada pula butang sesuai untuk melambangkan perasaan simpati. Nak klik ‘Like’ sebagai tanda turut bersedih, mungkin disalah anggap nanti.

Sudah sekian lama pengguna Facebook meminta supaya butang ‘Dislike’ atau ‘Tak Suka’ diperkenalkan, namun Facebook enggan menekan butang ‘Like’ untuk cadangan ini. Namun itu tidak bermakna laman media sosial itu tidak prihatin. 8 Oktober lalu, Facebook telah memulakan percubaan untuk enam butang reaksi (Reaction button) di dua negara, Ireland dan Spain.

butang butang Facebook Reaction

Menurut pengumuman Mark Zuckerberg di Facebook sendiri, butang-butang reaksi yang diperkenalkan ialah: Love (Cinta), Angry (Marah), Haha (Haha), Sad (Sedih), Yay (Yay) dan Wow (Wow). Bersama butang-butang reaksi yang baru ini, sebuah kaunter turut diperkenalkan supaya pengguna dapat melihat berapa kali setiap butang ditekan oleh rakan-rakan.

Ianya baru beberapa hari diperkenalkan, jadi belum ada berita lagi mengenai kedatangan butang-butang ini ke negara-negara lain. Mungkin anda boleh tanya rakan-rakan di Dublin dan Barcelona sama ada mereka ‘Like’ atau tidak ciri baru Facebook ini.

Anda sendiri bagaimana? Butang yang mana anda nak tekan mengenai berita ini?

[SUMBER]

 

Apa komen anda?