Telefon murah ASUS Zenfone GO kini berada di ASUS Store Online

Share Button

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan penjualan telefon pintar mampu milik, Zenfone GO di Malaysia. Zenfone GO kini boleh dibeli dari pengedar sah ASUS seluruh Malaysia, serta di stor dalam talian ASUS Store.

Zenfone GO dijual pada harga RM519 termasuk GST. Ia boleh dimiliki dengan lima pilihan warna iaitu Hitam, Putih, Biru, Emas dan Merah. Tetapi buat masa ini, hanya warna Hitam dan Putih boleh dibeli di ASUS Store. Warna Biru, Emas dan Merah akan tiba kemudian.

5 warna ASUS Zenfone GO

Zenfone GO diberitakan adalah pengganti Zenfone 5 yang sangat popular. Tahukah anda, GO bermaksud nombor lima dalam bahasa jepun?

Zenfone GO mempunyai skrin IPS 5-inci dengan resolusi HD 720p, memberikan kepadatan piksel 294 ppi. Kuasa Zenfone GO digerakkan oleh CPU Mediatek MT6580 4-teras berkelajuan 1.3GHz, bersama 2GB RAM dan 16GB storan.

Zenfone GO mempunyai dua slot kad sim, tetapi menyokong sehingga rangkaian 3G sahaja. Ia juga memiliki slot kad mikroSD, untuk storan tambahan. Baterinya berkapasiti 2070mAh dan menjalankan Android 5.1 Lollipop bersama antaramuka ZenUI.

Zenfone GO dilengkapi kamera belakang 8MP F2.0, bersama autofokus dan LED Flash. Manakala kamera depan pula 2MP dengan fokus tetap. Tidak dinyatakan pula fungsi Pixelmaster pada kamera Zenfone GO.

Layari segera ASUS Store jika anda berminat memilikinya.

Zenfone Go - depan Zenfone Go - Belakang Zenfone Go - sisi kanan butang

 

ASUS Zenfone GO (kiri) dan ASUS Zenfone 2 (kanan)Zenfone Go kiri dan Zenfone 2 kanan DepAN Zenfone Go kiri dan Zenfone 2 kanan BELAKANG

Comments

Apa komen anda?