Telefon kamera selfie autofokus termurah dengan Alcatel Flash 2

Share Button

Beberapa jam lebih dari penjualan iPhone 6s, adalah pelancaran telefon pintar mampumilik terbaru dari Alcatel Onetouch. Alcatel Flash 2 pertama kali dilancarkan di peringkat global pada 25 September lepas, dan kini dilancarkan di Malaysia.

Alcatel Flash 2 akan mula dijual di Malaysia pada 26 Oktober 2015, secara eksklusif hanya di laman e-dagang, Lazada Malaysia. Harganya turut diumumkan pada majlis pelancaran tersebut, hanya RM549 termasuk GST. Jika ia dijual di Lazada, ada banyak cara untuk membelinya lebih murah, kalau rajin mencarinya.

Alcatel Flash 2 - khas di Lazada Malaysia

Untuk harga ini, Alcatel Flash 2 dilihat sangat berbaloi untuk dimiliki. Pada julat harga ini, hanya Alcatel Flash 2 yang menawarkan kamera depan yang dilengkapi auto-fokus dan LED Flash. Ia diberi nama Profie Cam, datang dengan sensor bersaiz 1/4″, lebih besar dari kebanyakan sensor di telefon lain.

Kamera belakangnya juga tidak kurang hebat. Dipanggil kamera gSight, ia menggunakan sensor Samsung ISOCELL 13MP, bersama apertur F2.0 serta Autofokus Pengesanan Fasa (PDAF) yang pantas. Dwi-tona LED Flash turut sama disertakan pada Alcatel Flash 2. Lagi best, Alcatel Flash 2 mempunyai butang dedikasi kamera, sama seperti di Sony Xperia Z3.

Alcatel Flash 2 - depan belakang hitam putih

Rekaan badan Alcatel Flash 2 sedikit melengkung di belakang dan sisi. Ia menggunakan kemasan anti-licin dan tidak meninggalkan kesan, agar bebas dari habuk.

Alcatel Flash 2 datang dengan skrin IPS 5-inci, beresolusi HD 720p dan dilengkapi teknologi paparan Miravision. Ia mempunyai bateri 3,000mAh serta mod penjimatan tenaga untuk bertahan lebih lama.

Kuasa dalamannya dijana oleh CPU Mediatek 64-bit, MT6753 8-teras 1.3GHz, bersama 2GB RAM LPDDR3. Storan dalamannya 16GB & boleh dikembangkan menggunakan kad memori mikroSD. Alcatel Flash 2 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, dengan antaramuka tulen Android L. Ia juga menyokong dwi-sim 4G LTE.

Dah sedia untuk ber-Mobigrafi bersama Alcatel Flash 2? Jangan lupa nantikan penjualannya di Lazada Malaysia pada 26 Oktober 2015. Tapi nampak macam satu warna sahaja akan ditawarkan, iaitu Volcanic Grey. Mungkin satu lagi warna, Mica White akan datang kemudian. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman produk Alcatel Flash 2.

Alcatel Flash 2 - hitam dan putih

Apa komen anda?