Telefon bertukar menjadi CPU, ya anda bacanya dengan betul

Share Button

Liquid Jade Primo. Itu nama telefon pintar baru yang diperkenalkan Acer namun perkara paling menarik tentang telefon pintar ini ialah penggunaan Windows 10 mudah alih yang menjadikannya sama seperti PC.

Mana tidaknya, ia menggunakan Continuum iaitu ciri Windows 10 yang apabila disambung ke mana-mana bentuk paparan menggunakan sambungan USB, ia bertindak seperti CPU kecil.

Kemudian anda boleh tonton segala yang ada dalam telefon tanpa menggunakan universal app yang ada dalam Continuum itu sendiri.

Telefon ini mempunyai saiz skrin 5.5 inci AMOLED 1920 x 1080 bersama 401ppi.

Ia tersedia dengan kamera 21MP, dwiLED serta kamera depan 8MP. Acer Liquid Jade Primo menggunakan prosesor Qualcomm Snapdragon 808 MSM8992 hexa core, 1.8GHz, ARM Cortex-A57 dan ARM Cortex-A53 64-bit. Grafik pula Adreno 418.

Acer Showcase - Acer Liquid Jade Primo diperaga model

Apa komen anda?