Surface Pro 4 datang dengan pen yang tak perlu dicaj setahun

Share Button

Dalam acara khas yang diadakan di New York semalam, Microsoft mengumumkan beberapa produk baru yang berkaitan dengan sistem operasi terbaru mereka, Windows 10. Antara yang diperkenalkan semalam adalah tablet Microsoft Surface Pro 4 dan laptop Microsoft Book.

Microsoft Surface Pro 4 adalah tablet yang digelar Microsoft, paling nipis, ringan dan berkuasa menggantikan laptop. Ia mempunyai skrin 12.3-inci dengan paparan yang dipanggil PixelSense. Tebalnya hanya 8.4mm dan berat pula seringan 766 gram.

Surface Pro 4 berdiri dengan Surface Pen

Surface Pro 4 dikuasakan dengan CPU terbaru Intel, Core generai ke-6 bermula dari Core M, Core i5 dan Core i7. CPU yang baru ini menjadikannya 30% lebih berkuasa dari Surface Pro 3 dan juga lebih senyap dan sejuk. Ini menjadikan baterinya boleh bertahan sehingga 9 jam lamanya.

Perkakas Surface yang wajib, iaitu Type Cover turut dinaiktaraf. Type Cover Surface Pro 4 ini juga serasi digunakan berasama Surface Pro 3. Rekaan kekunci mekanikalnya direka semula untuk pengalaman menaip lebih hebat. Trackpadnya diperbuat dari kaca dan mempunyai keluasan 40% lebih besar dari dahulu.

Surface Pro 4 Type Cover yang baru

Microsoft turut memperkenalkan Surface Pen yang baru, dengan sensitiviti tekanan sehingga 1,024 tahap dan mempunyai fungsi pemadam di belakang pen. Ia menggunakan satu bateri bersaiz AAAA, yang boleh bertahan untuk penggunaan selama setahun. Surface Pen ini juga boleh dilekatkan ke Surface Pro 4 secara magnetik.

Surface Pen untuk Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4 didatangkan dengan pilihan RAM bersaiz 4GB, 8GB dan 16GB. Storannya pula menggunakan SSD PCIe 3.0 bersaiz 128 GB, 256 GB, 512 GB atau 1 TB. Surface Pro 4 dilengkapi kamera belakang auto-fokus 8MP dan kamera depan 5MP. Ia menjalankan sistem operasi Windows 10 Pro untuk pengalaman penuh Windows 10.

Surface 4 Pro dan aksesorinya dibuka tempahan bermula hari ini di negara terpilih, dan mula dijual di Kanada dan Amerika Syarikat pada 26 Oktober 2015. Maklumat lanjut boleh didapati dari laman produk Microsoft Surface Pro 4.

 

Spesifikasi dan harga jualan Surface Pro 4

  • Intel Core M3 generasi ke-6, 128 GB storan, 4 GB RAM – USD899 (~RM3,875)
  • Intel Core i5 generasi ke-6, 128 GB storan, 4 GB RAM – USD999 (~RM4,306)
  • Intel Core i5 generasi ke-6, 256 GB storan, 8 GB RAM – USD1,299 (~RM5,599)
  • Intel Core i7 generasi ke-6, 256 GB storan, 8 GB RAM – USD1,599 (~RM6,893)
  • Intel Core i7 generasi ke-6, 256 GB storan, 16 GB RAM – USD1,799 (~RM7,755)
  • Intel Core i7 generasi ke-6, 512 GB storan, 16 GB RAM – USD2,199 (~RM9,479)

 

Trackbacks

  1. […] Surface pro dilengkapi kamera depan 5MP untuk membuat panggilan video, serta kamera belakang 8MP dengan autofokus. Baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 9 jam lamanya. Lebih info terdapat di artikel kami, Surface Pro 4 Datang Dengan Pen Yang Tak Perlu Dicaj Setahun […]

  2. […] kipas penyejukan, kini diperluaskan kepada 3 model, Core m3, m5 dan m7. Surface Pro 4 yang baru diumumkan Microsoft, datang dengan pilihan CPU Core m3, i5 atau i7 generasi […]

Apa komen anda?