Skylake tiba membawa generasi ke-6 CPU Intel Core di Malaysia

Share Button

Bertempat di Intel Channel Symposium 2015, yang diadakan di Genting International Convention Centre, Genting Highland, Intel Malaysia mengumumkan secara rasmi, ketibaan CPU Intel Core generasi ke-6, yang popular dengan kod nama Skylake.

Intel Core generasi ke-6 datang dengan peningkatan yang signifikan. Ia memberi pengeluaran prestasi yang lebih hebat, menggunakan tenaga yang lebih rendah, dan jangka hayat bateri lebih panjang. Sistem sekuriti dan keselamatannya juga lebih baik. Ia menjadi lebih hebat, apabila digabungkan dengan penggunaan Windows 10.

Sumner Lemon dari Intel Malaysia dan Bruce Howe dari Microsoft MalaysiaSumner Lemon (kiri) dari Intel Malaysia dan Bruce Howe (kanan) dari Microsoft Malaysia

Rekaan CPU Skylake ini dibina berasaskan pemprosesan teknologi 14nm. Ini memberikan CPU Intel Core generasi ke-6, sehingga 2.5x prestasi lebih hebat, 3x jangka hayat bateri lebih panjang, dan juga grafik 30x lebih baik dan lancar, berbanding dengan komputer yang berusia sekitar 5 tahun. Rekabentuk komputer juga boleh menjadi lebih nipis dan lebih ringan.

Selain dari siri Core i3, i5 dan i7, Intel turut memperkenalkan siri baru untuk CPU Intel Core generasi ke-6 ini. CPU Intel Core M yang diperkenalkan sebelum ini, mampu menguasakan komputer tanpa memerlukan kipas penyejukan, kini diperluaskan kepada 3 model, Core m3, m5 dan m7. Surface Pro 4 yang baru diumumkan Microsoft, datang dengan pilihan CPU Core m3, i5 atau i7 generasi ke-6.

CPU Intel Core m3 m5 m7 generasi ke-6

Kuasa CPU Intel Core generasi ke-6 kini boleh didapati dari pelbagai rakaniaga Intel yang telah melengkapkannya di dalam produk mereka. Antara jenama yang telah menggunakan platform Skylake ini adalah seperti MSI, ASUS, Dell, HP, Acer, Lenovo dan banyak lagi.

 

Intel Core generasi 6 Skylake - MSI motherboard Intel Core generasi 6 Skylake - MSI Notebook Gaming Intel Core generasi 6 Skylake - WD Intel Core generasi 6 Skylake - Acer Intel Core generasi 6 Skylake - ASUS Mini PC Intel Core generasi 6 Skylake - HP Core i7 inside Intel Core generasi 6 Skylake - HP nipis Intel Core generasi 6 Skylake - Intel Compute Stick

Apa komen anda?