Sistem pendidikan STEM CS diperkenal di Malaysia

Share Button

Tahukah anda apa itu STEM? STEM ialah singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik yang diguna pakai secara global. Di negara membangun, banyak pelaksanakan dibuat bagi mengubah keadaan bilik darjah yang lama kepada yang lebih aktif.

Di Malaysia, senario bilik darjah di sekolah masih di tahap yang sama. Cikgu berdiri mengajar di depan, dengan murid duduk mendengar dan menulis apa yang diperkatakan.

Untuk mengubah situasi ini, pembekal pendidikan teknologi K-12, iaitu Eduspec Holdings Berhad bersama Robomatter dan iCarnegie Global Learning, bekerjasama melancarkan metodologi pendidikan canggih STEM, khas untuk sekolah-sekolah kebangsaan sebagai pelengkap kurikulum pendidikan masakini.

STEM CS dilancarkan

iCarnegie Global Learning dan Robomatter merupakan anak syarikat Unviersiti Carnegie Mellon dari Amerika Syarikat. Mereka telah mencipta program STEM CS (Sains Komputer), berdasarkan sumber yang disediakan oleh pihak universiti.

Program ini merangkumi Sains Komputer dan Pengekodan (coding) dalam satu pakej, dengan pelbagai aktiviti untuk pelajar dan juga sebagai sumber untuk guru. Ia direka khas untuk mendidik pelajar tentang pengaturcaraan komputer, bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar.

Eduspec Holdings Berhad juga akan bekerjasama dengan CM Asia Learning, untuk memperkenalkan STEM CS ke negara ASEAN yang lain iaitu Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar dan beberapa lagi negara Asia Utara. Korea Selatan dan Taiwan telahpun menerapkan program ini di sekolah-sekolah.

Para pengajar serta ibu bapa yang berminat dan memerlukan maklumat lanjut mengenai program STEM CS, boleh merujuk ke lamanweb CM Asia Learning.

Pelancaran STEM CS

Apa komen anda?