Sidang mesyuarat lebih produktif dengan sistem audio Jabra SPEAK 810

Share Button

Jabra datang lagi membawakan produk audio khas untuk kegunaan di pejabat. Sebagai pakar teknologi komunikasi dan audio terkemuka dunia, Jabra membawakan invoasi pembesar suara pada SPEAK 810, untuk membantu produktiviti semasa bekerja. Jabra SPEAK 810 melengkapkan siri SPEAK, yang sedia ada dengan SPEAK 410 dan 510 yang kecil dan mudah dibawa.

Jabra SPEAK 810 menawarkan fon pembesar suara yang mudah dipasang dan senang digunakan. Paling utama, ia dilengkapi kualiti audio terbaik Jabra untuk kegunaan mesyuarat atau di bilik persidangan yang besar.

Jabra Speak 810 ATAS

Jabra SPEAK 810 menyokong sambungan berbilang, dan mudah dihubung dan digunakan dengan pelbagai peranti pintar. Jabra SPEAK 810 dilengkapi teknologi Bluetooth, sambungan USB serta port audio 3.5mm. Tidak lagi perlu butang nombor tradisional untuk membuat panggilan, kerana ia boleh dilakukan terus dari peranti pintar.

Penyepaduan menerusi semua platform komunikasi juga memudahkan penggunaan produk ini tanpa memerlukan sebarang alamat IP, selain kehadiran port USB luaran bagi membantu mengecas tablet atau peranti mudah alih sewaktu perbualan berlangsung. Jabra SPEAK 810 juga serasi dengan platform Microsoft Skype for Business.

Jabra Speak 810 bersambung ke komputer

Sebagai produk Jabra, SPEAK 810 datang dengan sistem diagnosis pintar, dengan teknologi penjagaan kesihatan pendengaran. Ia boleh didengari dengan jelas di dalam bilik mesyuarat seluas 100 meter persegi, dengan 15 orang di dalamnya.

Perkara ini boleh dilakukan dengan teknologi unik ciptaan Jabra. ZoomTalk merupakan mikrofon pintar berarah, yang memberi tumpuan hanya kepada suara manusia. SPEAK 810 turut memaksimakan pelaburan perniagaan, menerusi Unified Communications (UC), satu trend yang kian popular di kalangan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkan Jabra SPEAK 810, atau spesifikasinya dengan lebih mendalam, layari laman produk Jabra SPEAK 810.

 

Apa komen anda?