Sertai bengkal CCISO dan tingkatkan keselamatan maklumat perniagaan

Share Button

Agensi keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia mengumumkan kerjasama dengan EC-Council untuk mengadakan Bengkel ASEAN CCISO 2015. Bengkel ini diadakan bertujuan mengukuhkan lanskap keselamatan maklumat dalam negaa ASEAN sendiri.

Bengkel yang diadakan bersama ini akan meliputi latihan dan majlis pensijilan, di mana peserta akan mengikuti latihan intensif semalam empat hari, iaitu latihan Pensijilan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat atau CCISO (Certified Chief Information Security Officer). Ia akan diadakan dari 17 sehingga 20 November 205, di Hotel Sheraton Imperial. Pensijilan ini adalah salah satu dari program pensijilan terkemuka oleh EC-Council.

Banner Bengkel ASEAN CCISO 2015

Danish Arshad, Pengarah Eksekutif EC-Council berkata, keselamatan maklumat adalah industri yang berkembang sebagai kesan dari evolusi jenayah dan penipuan siber. Dengan risiko pencerobohan maklumat yang meningkat, adalah penting untuk mengambil langkah keselamatan proaktif.

EC-Council dan CyberSecurity Malaysia mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan pakar keselamatan informasi di ASEAN dalam satu platform, dan berkongsi ilmu untuk masa depan lebih gemilang.

Di ASEAN, masalah utama adalah kekurangan tenaga pegawai utama keselamatan maklumat dalam syarikat. Ini memudahkan kerja pencerobohan dilakukan oleh penjenayah siber, tambah Danish.

Bengkel CCISO ini akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman CCISO dari EC-Council sendiri, Tuan Keyaan Williams. Beliau memiliki 15 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Keselamatan Maklumat. Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Hal Ehwal Akademik ISSA Atlanta, Lembaga Pengarah Antarabangsa ISSA, Ahli Majlis Penasihat CISO ISSA, dan Ahli Lembaga Penasihat Forum CISO EC Council Antarabangsa.

Maklumat lanjut tentang bengkel ini, boleh diperolehi di lamanweb Bengkel ASEAN CCISO 2015.

Apa komen anda?