Semua yang anda perlu tahu untuk membeli iPhone 6s ada di sini

Share Button

iPhone 6s dan 6s Plus akan mula dijual di Malaysia, tengah malam ini (16 Oktober). Kalau anda masih lagi merancang dan berkira-kira nak membeli, boleh teruskan membaca. Kami dah kumpulkan semua perkara yang anda perlu tahu untuk mendapatkan iPhone 6s dan 6s Plus hari ini.

Sama ada membelinya secara kontrak bersama telko, atau membeli terus dari kedai, ia boleh ditemui di bawah ini. Inilah dia, Panduan Membeli iPhone 6s dan 6s Plus di Malaysia.

 

Harga dan Model

Jadual harga iPhone 6s 6 5s di Apple Store Malaysia

iPhone 6s adalah telefon Apple paling mahal dijual di Malaysia. Ini kerana Ringgit Malaysia yang semakin lemah berbanding Dolar US kebelakangan ini. iPhone 6s boleh dibeli dari serendah RM3,199 untuk storan 16GB. Manakala phablet iPhone 6s Plus pula dijual pada harga RM3,699 untuk 16GB. Kesemua harga ini termasuk GST.

Dari segi warna, iPhone 6s dan 6s Plus kali ini datang dengan empat warna, iaitu Space Grey, Silver, Gold dan Rose Gold. Dijangkakan warna Rose Gold menjadi tarikan ramai dan paling cepat kehabisan stok.

warna warni iPhone 6s dan 6s Plus COVER

 

Tawaran Telko iPhone 6s

Kali ini, Malaysia mempunyai sebanyak 22 pelan yang boleh didapati dari 4 syarikat telekomunikasi (telko), iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Kebanyakan diikat dengan kontrak selama 24 bulan, tetapi Maxis dan Digi turut menawarkan kontrak 12 bulan untuk pelan terpilih. Maklumat lanjut perbandingan harga dan kontrak telko, boleh dirujuk dari artikel kami bertajuk Perbandingan Harga Tawaran telko bagi iPhone 6s dan 6s Plus.

Jika anda telah membuat tempahan awal dari telko yang dibuka sejak 9 Oktober lepas, anda pasti akan menerimanya bermula tengah malam ini.

Di bawah ini adalah senarai telko yang terlibat dengan jualan tengah malam ini:

Celcom
– Blue Cube@Sunway Pyramid
– Blue Cube Publika,
– Celcom Centre, Taman Molek, Johor Bahru
– Blue Cube Elit Avenue Bayan Baru, Penang.

Digi
– Digi Store SS2, Petaling Jaya
– Digi Store Jalan Tun Ismail, Kuantan
– Digi Store Jalan Tikus, Penang
– Digi Store Danga Bay, Johor Bahru
– Digi Store Api Api, Kota Kinabalu
– Digi Store Jalan Kulas Tengah, Kuching

Digi menyediakan baucer diskaun sehingga RM1,000 termasuk beberapa hadiah lain di acara jualan tengah malam iPhone 6s ini

Maxis (kutipan untuk pra-tempahan sahaja)
– Maxis Centre KLCC, Kuala Lumpur
– Maxis Centre Danga Bay, Johor Bahru
– Maxis Centre All Seasons Place, Penang

Maklumat penuh tentang kutipan pra-tempahan boleh dirujuk di sini.

U Mobile
– Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Terdapat hadiah misteri menanti 300 pembeli pertama, dengan 50 telefon pintar percuma untuk yang paling awal.

 

Membeli tanpa kontrak

Mahu membeli iPhone 6s dan 6s Plus tanpa kontrak? Ia boleh dilakukan dari pengedar sah Apple di bawah ini, bermula esok (16 Oktober)

Machines
EpiCentre
Switch
SenQ -Leisure Mall Kuala Lumpur, 1 Utama Kuala Lumpur, Queensbay Mall Penang, Sunway Carnival Mall Penang, Sutera Mall Johor Bahru, Karamunsing Kota Kinabalu and Boulevard Kuching.

Ataupun terus pergi ke Stor Online Apple Malaysia untuk membeli, yang akan menghantarnya secara percuma. Dijangka ia mula dibuka pagi esok.

 

Jangan lupa untuk mendapatkan semua berita tentang iPhone 6s, menerusi Laman Khas iPhone 6s TheSkop.

Apa komen anda?