Redmi Note 2 timbul dalam data SIRIM

Share Button

Lama tak dengar Xiaomi lancar telefon baru untuk Malaysia. Campur lagi dengan pengumuman barang Xiaomi naik harga minggu lepas. Tapi mungkin rakyat Malaysia boleh kembali ceria dengan penemuan terbaru di SIRIM ini.

Rakan kami di Soyacincau, telah menemui peranti baru Xiaomi dalam pengkalan data bukan sahaja di SIRIM, tetapi juga di IDA (SIRIM versi Singapura). Biasanya, telefon pintar Xiaomi ni memang datang hampir serentak di Singapura dan Malaysia.

Setelah diselidik lebih mendalam, didapati model baru telefon pintar Xiaomi ini adalah Redmi Note 2, yang dilancarkan di China pada Ogos lepas. Ia adalah phablet berharga rendah, tetapi dilengkapi perkakas yang tak kurang hebatnya.

Xiaomi Redmi Note 2 di SIRIM Xiaomi Redmi Note 2 di IDA Singapura

Redmi Note 2 adalah phablet dengan skrin besar 5.5-inci HD Penuh (1920×1080). Kuasanya digerakkan oleh CPU utama Mediatek 64-bit, Helio X10 8-teras 2.0GHz, dengan 2GB RAM LPDDR3 & 16GB storan dalaman.

Redmi Note 2 mempunyai slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan, serta dua lagi slot untuk kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE. Baterinya berkapasiti 3,060mAh yang boleh dicabut.

Redmi Note 2 putih depan sisi belakang

Redmi Note 2 datang dengan kamera belakang 13MP F2.2 bersama autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas, serta kamera depan 5MP. Redmi Note 2 juga tampil dengan pemancar infra-merah, yang boleh digunakan untuk mengawal alatan elektronik seperti TV dan pendingin hawa, dari jarak jauh.

Di China, Redmi Note 2 telah dijual pada harga RMB899 (~RM602). Terdapat juga Redmi Note 2 Prime, dengan CPU lebih pantas dan storan 32GB, berharga RMMB999(~RM669). Harapnya Ringgit Malaysia lebih kukuh sebelum Redmi Note 2 ni dilancarkan di sini.

redmi note 2 harga china

[SUMBER]

 

Trackbacks

  1. […] tadi kami bercerita tentang penemuan telefon baru Xiaomi di SIRIM, petang ni dah sampai satu khabar rasmi dari Xiaomi sendiri. Xiaomi Malaysia telah mengeluarkan […]

Apa komen anda?