Parti LAN Cyberfusion 2015 kembali gegarkan MMU Cyberjaya

Share Button

Pemegang rekod LAN Party paling lama di dunia pada tahun 2009, Cyberfusion kembali lagi tahun ini. Ia telah mengumpulkan peminat komputer dan games di satu tempat, pada setiap tahun. Tahun ini, ia datang lagi di tapak yang sama, di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya.

Cyberfusion telah menjadi acara tahunan, mengumpulkan pelbagai peminat games dan komputer untuk beramah mesra secara berdepan, berkenalan dengan rakan baru yang berkongsi minat sama, serta berhubung terus dengan syarikat industri pengeluar games.

cyberfusion 2015 LAN PArty

Tahun ini, Cyberfusion dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd, bertempat di Dewan Utama MMU Cyberjaya. Ia akan berlangsung selama 3 hari 2 malam tanpa henti, dari 13-15 November 2015.

Hanya 300 tempat akan dibuka untuk acara LAN Party ini. Games tidak akan disediakan, jadi peserta dan rakan haruslah memiliki sendiri games yang ingin dimainkan. Pasti ramai yang tahu, games apa yang popular untuk dimainkan di LAN Party.

Yuran penyertaan adalah RM100 setiap seorang, dan ini termasuk makan 3-4 kali sehari. Selain itu, peserta akan menerima t-shirt Cyberfusion 2015, sambungan kabel LAN ke internet (nama pun LAN Party kan), serta plastik sampah.

Paling utama, komputer perlu dibawa sendiri, tak kira laa desktop atau laptop, termasuk papankekunci, tetikus dan headset. Pembesar suara tidak dibenarkan. Penyertaan akan ditutup pada 9 November 2015, ataupun bila ia penuh diisi 300 peserta. Jadi, baik cepat daftar.

cyberfusion 2015 LAN Party - penaja

Antara penaja Cyberfusion 2015 ini adalah Hotlink, Cooler Master, ASUS ROG, Kingston HyperX, Corsair Gaming, CUDO Technologies, Razer Inc, Tech Armory dan DXRacer.

Terdapat 4 perlawanan rasmi yang menyediakan hadiah lumayan pada Cyberfusion 2015. 4 perlawanan tersebut adalah DOTA2, Counter-Strike: Global Offensive, FIFA 2016 dan Ultra Street Fighter 4. Hadiah berupa wang tunai dan aksesori komputer menanti pemenang.

Untuk maklumat lanjut tentang peraturan, pendaftaran, jadual, serta macam-macam lagi pasal Cyberfusion 2015 ni, layari lamanweb www.cyberfusion.org

 

Apa komen anda?