Pantau kenderaan dan paras bahan api dengan sistem KATSANA GPS

Share Button

Mengendalikan sejumlah kenderaan syarikat yang banyak pasti sukar menggunakan kertas sahaja. Kerana itu, Pixelated Sdn Bhd telah mencipta sistem pengurusan dan pengesanan GPS KATSANA, khas untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) di Malaysia, menguruskan sekumpulan kenderaan syarikat dengan efisien.

Terbaru, Pixelated mengumumkan fungsi baru dalam KATSANA. Ia kini boleh memantau paras bahan api kenderaan dalam sistem KATSANA. Ia dapat melihat penggunaan bahanapi dalam setiap perjalanan, agar syarikat dapat mengoptimumkan perbelanjaan.

Sistem pemantauan bahan api ini boleh ditetapkan dengan polisi untuk mengesan bila ia diisi semula, ataupun pengurangan mendadak bahan api dalam tangki minyak kenderaan. Jika berlaku pelanggaran polisi, notis akan terus dihantar kepada pengurus.

Semua maklumat seperti pemandu, lokasi, peta visual perjalanan dan jumlah pengisian semula bahanapi (dalam liter) boleh dipantau dan terdapat dalam notifikasi. Sistem KATSANA ini turut boleh diakses melalui telefon pintar.

Untuk menggunakan sistem pemantauan bahanapi ini, pelanggan perlu memasang peranti bersensor baru pada kenderaan. Buat masa ini, hanya kenderaan dengan tangki bahan api di luar sahaja boleh dipasang peranti sensor ini.

Untuk memahami lebih lanjut tentang sistem KATSANA dan berhubung dengan syarikat Pixelated, layari lamanweb www.katsana.com

KATSANA GPS - Sistem pemantauan bahanapi 001 KATSANA GPS - Sistem pemantauan bahanapi 002 KATSANA GPS - Sistem pemantauan bahanapi 003

Apa komen anda?