P1 4G meluaskan liputan ke Pantai Timur, Sabah dan Sarawak

Share Button

Packet One Networks Sdn Bhd (P1) berusaha memberikan liputan lebih luas di Malaysia, apabila hari ini mengumumkan rangkaian 4G mereka kini meliputi Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Kawasan liputan P1 ini boleh disemak di lamanweb P1.

Peta Liputan P1 4G di Malaysia

Pelanggan baru P1 di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak akan turut dapat menikmati, modem rumah P1 yang baharu, iaitu modem DX825. Modem DX825 dikatakan memberi internet yang lebih stabil, dan sambungan WiFi yang lebih pantas, berbanding modem DX230. Modem DX825 menyokong WiFi 802.11ac, 3x lebih pantas dari standard WiFi 802.11n. Sehingga 8 peranti boleh berhubung menggunakan modem DX825 pada masa yang sama.

P1 kini mengadakan promosi RM0 bayaran pendahuluan, serta langganan bulan pertama percuma untuk pelan ForHome. Walaupun tiada bayaran pendahuluan, tetapi pelanggan masih perlu membayar yuran pengaktifan sebanyak RM106 yang akan dicaj pada bil bulan pertama.

Pelanggan P1 turut perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM53, yang dibahagi samarata selama 5 bulan. Jadi, pelanggan baru masih perlu membayar minima RM116.60 untuk bulan pertama. Semua langganan baru diikat dengan kontrak selama 24 bulan, dan modem hanyalah pinjaman.

Untuk maklumat lanjut tentang tawran P1 ForHome ini, layari lamanweb P1 ForHome.

Promosi P1 ForHome

Comments

  1. MOHD SAIFULDIN BIN A.RANI

    Dah bayar rm140. Tapi tak dapat nikmati sepenuhnye. MOHD SAIFULDIN BIN A.RANI dari pekan masjid padang polo parang

Apa komen anda?