OPPO R7s bakal diumumkan di GITEX Dubai minggu depan

Share Button

Dengan populariti siri R7 yang semakin meningkat, OPPO kelihatan akan mengeluarkan satu lagi telefon pintar dalam siri ini, iaitu R7s. Ia adalah model naik taraf dari model R7 yang telah dilancarkan sebelum ini.

OPPO akan memperlihatkan telefon pintar R7s ini di Pusat Perdagangan Dunia Dubai, bersempena Pameran Gulf Information Technology Exhibition (GITEX). GITEX akan berlangsung dari 18 Oktober sehingga 22 Oktober 2015.

Rekaan Booth OPPO di GITEX DubaiRekaan artis Booth OPPO di GITEX Dubai

Turut sama dipamerkan di samping R7s yang akan diperkenalkan kelak, adalah siri R7 sedia ada seperti R7 Plus & R7 Lite, serta Mirror 5 yang baru. R7 Plus Edisi FC Barcelona turut akan dipamerkan.

Tidak dapat dipastikan lagi dengan tepat spesifikasi OPPO R7s, tetapi dijangka ia akan menerima kapasiti bateri lebih besar, skrin lebih lebar dan storan berganda, berbanding R7. R7s turut akan mengekalkan rekaan badan besi unibodi dan juga fungsi hebat kamera R7.

Sudut FC Barcelona di Booth OPPO GITEXSudut FC Barcelona di Booth OPPO, GITEX Dubai

Untuk meraikan kerjasama dengan FC Barcelona yang dimeterai baru-baru in, OPPO akan menyediakan sudut khas FC Barcelona, di booth OPPO di GITEX. Ia akan dihiasi dengan pelbagai permainan bolasepak, yang boleh disertai oleh pengunjung.

Pengunjung juga akan dapat mencuba sendiri, teknologi pengecasan VOOC yang telah terbukti kepantasannya. Di samping itu, pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman fotografi yang pelbagai, dengan menggunakan telefon pintar OPPO.

Poster besar OPPO R7s

Trackbacks

  1. […] yang dimaklumkan sebelum ini, OPPO akhirnya memperkenalkan model terbaru siri R7 dalam pameran GITEX di Dubai. OPPO R7s membuat […]

Apa komen anda?