OPPO perkenal R7s yang lebih berkuasa dan bertenaga di Dubai

Share Button

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, OPPO akhirnya memperkenalkan model terbaru siri R7 dalam pameran GITEX di Dubai. OPPO R7s membuat kemunculan sulung di booth OPPO yang terdapat di pameran GITEX 2015.

OPPO siri R7 di pameran GITEX Dubai

Telefon pintar baru OPPO R7s ini, membawa banyak peningkatan berbanding OPPO R7. Ia masih mengekalkan CPU Qualcomm Snapdragon 615, tetapi kali ini digandingkan dengan 4GB RAM.

Skrinnya juga dilebarkan ke 5.5-inci, tetapi kekal dengan paparan AMOLED dan resolusi HD Penuh. Baterinya dipertingkatkan ke 3,070mAh dengan fungsi pengecasan pantas VOOC.

Storan OPPO R7s dibesarkan ke 32GB, dan boleh ditambah menggunakan slot kad memori mikroSD. OPPO R7s menyokong dua sim kad, bersaiz mikro dan nano. Tetapi kad sim bersaiz nano berkongsi tempat dengan kad mikroSD.

Untuk kamera, ia masih kekal menggunakan sensor 13MP F2.2 bersama Autofokus Pengesanan Fasa (PDAF). Kamera depan pula 8MP dengan apertur F2.4. Untuk sistem oeprasi, ia menjalankan Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka ColorOS 2.1 yang sangat lancar.

OPPO R7s dijangka akan mula dijual sekitar November akan datang, di beberapa negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, Vietnam, Indonesia, dan juga Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OPPO R7s.

OPPO R7s depan belakang atas nota

 

PERBANDINGAN OPPO siri R7

Jadual telefonpintar OPPO siri R7 dan harga

Trackbacks

  1. […] Malaysia mengumumkan dua warna khas R7s untuk pasaran Malaysia: Emas dan Emas Ros. Ia pertama kali diperkenalkan di pameran GITEX di Dubai, bulan September […]

Apa komen anda?