OPPO Neo 7 muncul sebagai telefon cermin terbaru

Share Button

Telefon pintar OPPO dengan kemasan licin seperti cermin di belakang, kini kembali dengan model baru, Neo 7. Ia akan diperkenalkan buat pertama kalinnya di India, untuk menggantikan model OPPO Neo 5.

OPPO Neo 7 menggunakan kerangka aloi magnesium-aluminium yang teguh dan ringan, dengan kemasan belakang yang mempunyai 13 lapis selaput, dan diliputi proses khas menjadikannya licin dan memantulkan cahaya sepert cermin. Ia datang dalam dua warna, Putih dengan kerangka berwarna Emas, dan Hitam dengan kerangka Perak.

OPPO Neo 7 - black silver and white golden

Di dalamnya, ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 410 4-teras, dengan 1GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia menyokong dwi-sim aktif, bersama slot kad mikroSD yang berbeza. Jadi, maksima 2 kad sim dan 1 kad memori mikroSD boleh digunakan pada waktu yang sama.

Kamera Neo 7 mempunyai resolusi 8MP F2.0 bersama LED Flash di belakang. Manakala kamera depan datang dengan sensor 5MP F2.4. Neo 7 dibekalkan dengan bateri 2,420mAh, tanpa pengecas VOOC ciptaan OPPO yang sangat popular. Tebal Neo 7 hanya 7.55mm dan berat pula 141 gram.

OPPO Neo 7 - selfie camera

Skrin TFT Neo 7 berukuran 5-inci, dengan resolusi qHD (960×540). Ia menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop bersama antaramuka ColorOS2.1.

Neo 7 akan tampil dalam dua versi, model 3G dan model 4G. Ia dijangka dijual pada harga di bawah USD200 (~RM849), dengan ketibaan pertama di India hujung bulan ini. Kemudian, OPPO Neo 5 akan dijual di 17 negara termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Tengah, Afrika Utara dan Mexico.

Maklumat lanjut tentang telefon pintar ini, boleh didapati di laman produk OPPO Neo 7.

OPPO Neo 7 - front white back black

Apa komen anda?