OnePlus melompat dari nombor 2 terus ke 10?

Share Button

Belum sempat kehangatan OnePlus 2 tiba di Malaysia, terdapat satu lagi peranti OnePlus muncul dalam diam. Perkara ini dimaklumkan rakan kami di SoyaCincau.

Dalam pengkalan data SIRIM, satu model misteri OnePlus ditemui. Menggunakan kod nombor E1003, ia mungkin peranti yang disebut Carl Pei, Pengasas bersama OnePlus sebelum ini sebagai OnePlus X/Mini.

OnePlus X E1003 di SIRIM

Dari data SIRIM ini, kelihatan OnePlus X/Mini ini memiliki spesifikasi lebih rendah dari OnePlus 2. Sokongan band WiFinya kelihatan kurang, hanya ada a/b/g tanpa ac yang lebih pantas.

Satu perkara yang agak pelik, adalah sokongan dwi-sim yang dicatatkan, hanya memiliki 1 IMEI. Kebiasaannya, setiap slot sim mempunyai IMEI tersendiri. Mungkin hanya kesilapan ejaan. Tetapi ia masih menyokong rangkaian 4G LTE.

Tiada yang pasti lagi tentang spesifikasi OnePlus X/Mini ini, tetapi diperkatakan ia dikuasakan CPU Mediatek Helio X10, bersama 2GB RAM LPDDR3‎. Ia dimaklumkan akan dijual pada harga sekitar USD250 (~RM1035), menandakan tahap yang lebih rendah dari OnePlus 2.

Skrinnya dikhabarkan bersaiz 5-inci, menggunakan paparan IPS beresolusi HD Penuh 1920×1080. Ini diperteguhkan dengan kaca Corning Gorilla 2.5D yang sedikit lengkung.

OnePlus X/Mini juga mungkin dibekalkan slot kad memori mikroSD, pertama seumpamanya di telefon OnePlus. Ia bergandingan dengan storan dalaman 32GB. Baterinya sekitar 3,000mAh, yang turut disertakan NFC.

Selain itu, ia juga dibekalkan pemancar IR, USB jenis-C yang menyokong pengecasan pantas, dan pembesar suara di depan. Ada khabar yang turut mengatakan ia kalis air dan debu dengan rating IP67.

Kamera belakangnya menggunakan sensor Sony IMX258, dengan 13MP F2.0 yang turut boleh merkaan video 4K. Kamera depannya pula mungkin hanya 5MP.

Mungkinkah OnePlus 2 digelar pembunuh peranti utama 2016, untuk memberi laluan kepada OnePlus X/Mini‎ menggunakan gelaran pembunuh peranti utama 2015?

Kurang berminat dengan OnePlus X/Mini yang belum pasti lagi ni? Jom sertai peraduan pemberian OnePlus 2 dan Otterbox kami. Rujuk maklumat lanjut di sini.

OnePlus 2 dan Otterbox untuk diberi percuma

[SUMBER]

 

Trackbacks

  1. […] pasti lagi bila OnePlus X akan dijual di Malaysia, tetapi ia telahpun didaftarkan di SIRIM. Mungkin ia akan tiba sebelum hujung tahun ini. Dengan spesifikasi dan harga seperti OnePlus One […]

Apa komen anda?