Nak Pilih iPhone 6s tapi 16GB atau iPhone 6 dengan 64GB sebab harganya…

Share Button

 

Satu dilema yang melanda pengguna iPhone sekarang apabila sudah keluarnya model baru adalah persoalan berikut:

“Nak beli iPhone 6 yang ada memori 64GB atau iPhone 6s yang ada memori 16GB?”

Kenapa persoalan itu timbul? Ia kerana harga bagi kedua-duanya adalah sama iaitu RM3,199 jadi sudah tentu pening kepala dengan pilihan memori lebih besar atau model baru dengan kapasiti sedikit.

Jadi yang mana anda mahu pilih? Tepuk dada tanya selera. Tetapi jika anda sudah bosan memilih ataupun tidak mahu pening kepala. Ikut saja cadangan TheSkop.

Secara peribadi, saya akan memilih untuk mendapatkan iPhone 6 berkapasiti 64GB berbanding iPhone 6s yang hanya ada 16GB. Jika anda mahu kenapa boleh rujuk artikel sebelum ini: [TIP] Nak Beli IPhone 16GB Atau 64GB Atau 128GB?

Kalau anda memakai iPhone 6 sekarang pun kemudian kemaskini ke iOS 9, orang takkan perasan dan akan menyangka anda memakai iPhone 6s.

iPhone 6s Plus dijual di Apple Store Malaysia

Apa komen anda?