Nak beli iPhone cash atau pakej telco?

Share Button

iPhone 6s maxis

Persoalan tersebut sering bermain di kalangan pembeli iPhone setiap kali versi baru dikeluarkan.

Perlu dijelaskan terlebih dahulu, artikel ini sesuai dibaca untuk mereka yang benar-benar mahu membeli iPhone terutama iPhone 6S dan 6S Plus baru yang dikeluarkan Apple dan bukannya menyentuh soal “jimatkanlah duit” atau “beli Android lagi bagus” dan macam-macam lagi.

Kepada yang sudah nekad mahu membeli antara dua telefon tersebut tetapi berkira-kira kerana persoalan seperti tajuk di atas, cadangan kami begini.

Jika anda membeli secara tunai atau cash, ia menunjukkan anda sudah benar-benar mampu tetapi elakkan berhutang untuk mendapatkannya.

Antara beli tunai atau pakej telco, ia bergantung kepada dua perkara sama ada anda pengguna baru atau pengguna lama yang sudah melanggan pakej telco. Jika anda pengguna baru dan mempunyai cash, terus saja membeli iPhone yang diminati dengan bayaran lump-sum.

Tetapi anda boleh menjimatkannya dengan membeli pada harga pelan di mana pada kebiasaannya anda perlu membayar harga gajet dalam lingkungan RM500 ke RM1,000 lebih murah kerana harga tersebut telahpun disubsidikan dengan pelan telco.

Ia sekaligus memberi penjimatan kepada anda. Jika anda masih dengan kontrak sedia ada, cuba tawar menawar untuk membuat kontrak pembelian iPhone baru. Jika anda sememangnya pelanggan telco tertentu pada tempoh yang lama, anda boleh melanggar kontrak tanpa membayar denda.

Jadi lebih mudah mendapatkan iPhone 6S atau 6S Plus dengan harga kompetitif dan lebih murah dari harga pasaran.

Kalau anda baru saja mahu membeli iPhone atau pengguna kali pertama, dapatkannya dengan pelan telco tetapi kesemua ini perlu dipastikan anda bersama kontrak satu tahun saja!

Kesemua telco besar seperti Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile akan menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus pada 16 Oktober ini.

Iphone 6s Plus out of box

Apa komen anda?