MSI GS40 Phantom bekal kuasa tinggi dalam skrin 14-inci

Share Button

Anda pernah terfikir untuk mendapatkan laptop yang kompak, ringan, tidak membebankan bahu dan pinggang serta paling utama, berkuasa tinggi untuk memainkan game terkini? MSI memberi penyelesaian untuk anda, dalam bentuk laptop gaming MSI GS40 Phantom dengan Intel Core Generasi ke-6 yang baru.

Laptop MSI GS40 Phantom mempunyai berat 1.6kg tanpa bateri, dengan ketebalan sekitar 21.8~22.8mm sahaja. Kemasan luarnya menggunakan aluminium yang diberus, serta potongan berlian di sisi menambah rupa yang elegan.

MSI GS40 Phantom di Malaysia - Belakang sisi

 

Prestasi tinggi pada MSI GS40 Phantom kali ini digerakkan dari kuasa Intel Core i7-6700HQ, yang dihasilkan dari pemprosesan 14nm, serta 20% lebih pantas dari i7-4720HQ. Grafiknya juga menerima peningkatan dengan penggunaan GeForce GTX 970M.

Untuk memastikan ia kekal pantas, MSI menggunakan storan SSD dengan PCI-E Gen3, serta RAM DDR4 berkelajuan 2133Mhz. Sehingga 32GB RAM DDR4 boleh dimuatkan pada 2 slot RAM di dalam MSI GS40 Phantom.

Bahagian audio MSI GS40 Phantom dikendalikan oleh ESS SABRE HiFi Audio DAC bersama Nahimic Audio Enhancer, dan digegarkan oleh pembesar suara DynaAudio. Bagi gamers, sambungan internet sangat penting. Untuk itu, MSI mendapatkan khidmat Killer Doubleshot dengan Killer Shield, untuk sambungan internet yang stabil dan lancar.

Berminat dah bila baca semua spesifikasi ni? Usah risau, MSI GS40 Phantom akan mula dijual di Malaysia pada penghujung bulan November depan, pada harga RM8,999 termasuk GST, dengan spesifikasi seperti di bawah ini.

Spesifikasi GS40 6QE Phantom

Skrin – 14-inci HD Penuh (1920×1080) panel IPS
CPU – Intel® Core™ i7-6700HQ generasi ke-6 (6MB L3 Cache, sehingga 3.5 GHz)
GPU – NVIDIA GeForce GTX 970M 3GB GDDR5
RAM – 16GB DDR4 2133Mhz (2 slot, sehingga 32GB)
Storan – 256GB SSD (PCIE Gen3 NVMe) + 1TB (SATA) 7200rpm
Sistem Operasi– WINDOWS 10 HOME
Papankekunci – SteelSeries dengan satu warna lampu belakang
Port USB – 1x USB 3.1 jenis-C SuperPort, 2x USB 3.0
LAN/WiFi – Killer DoubleShot Pro dengan Killer Shield
Bateri – 4-sel
Ukuran – 345 x 245 x 21.8~22.8mm
Berat – 1.6 Kg (tanpa bateri)
*datang bersama tetikus gaming dan beg Ultra backpack
SRP @ RM8,999

 

Maklumat lanjut tentang laptop gaming MSI GS40 Phantom, dengan CPU Intel Core generasi ke-6 Skylake, di laman produk MSI GS 40 Phantom Series.

MSI GS40 Phantom di Malaysia - depan MSI GS40 Phantom di Malaysia - COVER MSI GS40 Phantom di Malaysia - Belakang MSI GS40 Phantom di Malaysia - Belakang sisi MSI GS40 Phantom di Malaysia - Belakang tutup MSI Gaming Series Logo

 

 

 

Apa komen anda?