MSI buka tempahan Notebook Gaming edisi terhad – HEROES OF THE STORM

Share Button

Pengeluar Notebook Gaming terkemuka dunia, MSI mengumumkan akan menjual Notebook Gaming mereka, dalam edisi terhad. Edisi terhad ini akan menampilkan watak popular dari permainan Blizzard, iaitu HEROES OF THE STORM (HOS).

Kesemua Notebook Gaming ini dikuasakan CPU terbaru dari Intel, iaitu Core i7 generasi ke-6, yang lebih dikenali dengan kod nama Skylake. Platform Skylake menggunakan tenaga yang lebih rendah, tetapi boleh memberikan prestasi lebih baik dari generasi sebelum ini.

Tempahan untuk Notebook Gaming edisi terhad HOS ini, akan mula dibuka pada Asashi Gaming Expo 2015, yang akan berlangsung di Wangsa Walk Mall, dari 13 hingga 18 Oktober 2015.

POSTER Asashi gaming Expo 2015 - FIFA 16

Notebook Gaming MSI edisi terhad HOS ini dibina berasaskan tiga model, iaitu GT80 Titan SLI berharga RM16,999, GT72 Dominator PRO G berharga RM12,999 dan juga GE62 Apache PRO 4k berharga RM7,499.

Selain Intel Core i7 generasi ke-6, kesemua Notebook Gaming MSI ini dilengkapi pelbagai teknologi hebat seperti storan Super RAID 4 yang ultra pantas, RAM DDR4-2133 untuk lebih prestasi dan Audio DAC ESS SABRE HiFi, memberikan kualiti bunyi terbaik.

Pengunjung boleh mencuba sendiri kehebatan Notebook Gaming MSI ini, bersama permainan HOS. Setiap tempahan yang berjaya, akan menerima hadiah istimewa LUCKY 1+1 dari MSI, iaitu patung Naga MSI edisi terhad ke-29 dan rantai kunci Naga MSI, selagi stok masih ada. Malah, setiap pembelian akan turut menerima karakter dalam permainan Edisi Terhad, secara percuma.

Selepas Expo ini, Notebook Gaming MSI edisi terhad HOS akan boleh ditempah dari pengedar sah MSI di seluruh Malaysia, dari 19 hingga 30 Oktober 2015.

MSI Heroes Of The Storm Limited Edition Gaming Notebook POSTER

 

Spesifikasi Notebook Gaming MSI Edisi Terhad – HEROES OF THE STORM

GT80 Titan SLI (6QE-HOS)
Skrin anti-silau IPS 18.4-inci HD Penuh (1920×1080)
CPU Intel® Generasi ke-6  Core™ i7-6820HK
Dwi-GPU NVIDIA GeForce GTX 980M 8GB GDDR5 SLI
RAM DDR4-2133 16GB
Storan 1TB (SATA) 7200rpm
WINDOWS 10 HOME
Harga Runcit – RM16,999

GT72 Dominator PRO G (6QE-HOS)
Skrin anti-silau IPS 17.3-inci HD Penuh (1920×1080)
CPU Intel® Generasi ke-6  Core™ i7-6820HK
GPU NVIDIA GeForce GTX 980M 8GB GDDR5
RAM DDR4-2133 16GB
Storan SUPER RAID4 256GB SSD + 1TB (SATA) 7200rpm
WINDOWS 10 HOME
Harga Runcit – RM12,999

GE62 Apache PRO 4K (6QF-HOS) 
Skrin IPS 15.6-inci UHD 4K (3840×2160)
CPU Intel® Generasi ke-6  Core™ i7-6700HQ
GPU NVIDIA Geforce GTX 970M 3GB GDDR5
RAM DDR4-2133 8GB
Storan 1TB (SATA) 7200rpm
WINDOWS 10 HOME
Harga Runcit – RM7,499

Apa komen anda?