Moto X Style tiba di SIRIM selepas Moto X Play

Share Button

Baru je awal bulan ni Moto X Play dikesan di SIRIM. Kali ini Moto X Style yang lebih bergaya pula muncul di pengkalan data SIRIM, menggunakan nombor model XT1572. Mungkin kedua-dua Moto X yang baru ini akan dilancarkan serentak nanti.

Dari data SIRIM ini, Moto X Style menyokong rangkaian 4G LTE, tetapi hanya 1 sim sahaja. Ia juga dilengkapi WiFi 802.11ac bersama Buetooth 4.1 dan NFC. Sama seperti produk Moto yang lain, Moto X Style didaftarkan di SIRIM oleh Brightstar Distribution Sdn Bhd.

Moto X Style di SIRIM

Moto X Style adalah telefon terhebat keluaran Motorola kini. Ia juga datang dengan skrin IPS yang besar, 5.7-inci dengan resolusi QuadHD 2560×1440. Saiz dan resolusi ini sama seperti Galaxy Note5. Ia juga memiliki pembesar suara stereo di depan, terletak di atas dan bawah skrin.

Kuasa Moto X Style dihasilkan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 808, yang berpasangan dengan 3GB RAM. Storannya datang dalam pilihan 16, 32 atau 64GB, dan boleh ditambah dengan kad memori mikroSD.

Moto X Style datang dengan bateri 3,000mAh, serta pengecasan pantas TurboPower. Moto X Style diselaputi selaput nano kalis air, memastikan ia kalis percikan air dengan rating IP52.

Moto X Style Hitam depan sisi belakang

Untuk kamera, Moto X Style dilengkapi sensor 21MP F2.0 dibelakang, bersama dwi-tona LED Flash dan autofokus pengesanan fasa (PDAF). Kamera depan pula 5MP F2.0, dengan lensa lebar serta saiz sensor 1.4um, lebih besar dari biasa.

Antara perkara menarik pada telefon pintar Moto, ialah ubahsuaian antaramuka Android yang minima, menjadikannya antara terawal menerima kemaskini terbaru Android. Moto X Style datang dengan Android 5.1 Lollipop. Pasti Marshmallow 6.0 akan menyusul tak lama lagi.

Di Amerika Syarikat, Moto X Style berharga berharga USD399.99 (~RM1,722) bagi versi 16GB, USD449.99 (~RM1,938) untuk 32GB dan USD499.99 (~RM2,153) bagi 64GB. Mungkinkah harga di Malaysia nanti lebih rendah?

Moto X Style Champagne

[SUMBER}

Apa komen anda?